Hai semua!

Tahu tak kebersihan tangan adalah perkara penting dalam mencegah jangkitan Covid-19. Jadi pastikan adik-adik dan guru-guru sentiasa mengingatkan ahli keluarga untuk mengamalkan 7 langkah cuci tangan dengan betul ok. Gunakan sabun dan air bersih.

Stay safe, stay at home!

#kitajagakita #covid19 #7langkahcucitangan

kerap basuh tangan

Untuk mengelakkan anda dijangkiti #COVID19, anda perlu pastikan tangan dalam keadaan bersih dan selamat.  Sentiasa membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer. Bersama - sama kita putuskan rantaian wabak #COVID19 ini. 

#StayAtHome #StaySafe #MovementControlOrder #DudukRumah #KitaJagaKita #PerintahKawalanPergerakan 

90853484 2518106515185289 2933472356909187072 o

Sumber Channel Telegram Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Sehingga pagi ini (26 Mac 2020), dilaporkan bahawa terdapat 80 anggota kesihatan KKM yang dikesan positif COVID-19.

Berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini BUKAN disebabkan oleh pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti Kesihatan KKM.

Namun begitu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) dinasihati untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah disarankan terutamanya dalam memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarak sosial (social distancing) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan.
Sumber CPRC.

photo6332071818252364122

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan, Kita harus jaga jarak sosial semasa di dalam atau diluar rumah.

Sumber:@MyHEALTHKKM @KKMPutrajaya @JPenerangan @jpmgov_ @kpkt_gov

91250793 2517219151940692 6917736624885334016 o

KKM menasihatkan mereka yang telah menghadiri “ijtimak tabligh” di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur dari 28 Feb hingga 1 Mac 2020 untuk segera menghubungi pejabat kesihatan daerah bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. Sila hubungi CPRC hotline atau Pejabat Kesihatan Daerah.*

*Mohon semua untuk memberikan kerjasama. Kita mampu mencegah penularan jangkitan COVID-19.*