Kejuruteraaan Wiratek merupakan syarikat persendirian telah menjalankan perniagaan kimpalan besi, welding.  Kejuruteraan Wiratek di daftarkan atas nama beliau sendiri. Kejuruteraan wiratek dimiliki sepenuhnta oleh oleh Encik Abdul Aziz Bin Sulong. Beliau merupakan anak generasi ke2 Felda Lurah Bilut.

Kejuruteraan Wiratek mula beroperasi tahun 2000 hingga sekarang dikendalikan oleh beliau sendiri dan mempunyai lima orang tenaga pekerja termasuk anak beliau sendiri bekerja disitu.  Kedai beliau terletak di Lorong No. 4 (Bangunan Kebal) Lorong Sultan Haji Ahmad Shah Lurah Bilut, Bentong Pahang.

Beliau memulakan perniagaan dengan bermodalkan sebanyak RM10,000.00. Purata keuntungan sebulan yang diperolehi oleh En Abdul Aziz Bin Sulong ialah sebanyak RM5,000.00 hingga RM8,000.00 sebulan

.Picture1

USAHAWAN DAZZLELUSIOUS ENTERPRISE

Encik Md Hassan merupakan pengusaha sambal hitam (Mak Lang Sambal Hitam), perusahaan industri kecil sederhana Felda Lurah Bilut iaitu peneram dan maruku yang diberi nama Dazzlelusious Enterprise secara kecil-kecilan di dalam Felda Lurah Bilut yang telah beroperasi sejak empat tahun yang lalu. Pada mulanya hanya komuniti sekitar sahaja yang mengetahui mengenai kerjaya beliau sebagai pengusaha online dan tempahan dibuat melalui telefon atau pelanggan datang sendiri ke rumah beliau bagi mengetahui stok masih ada atau tidak. Selain itu, membuka gerai yang menjual char kuew teow dan chicken chop dan gerai beliau diberi nama Gerai Debab Berapi.

 Permulaan perniagaan beliau, hanya komuniti setempat sahaja yang mengetahui perkhidmatan yang disediakan. Tempahan pula dibuat melalui pesanan ringkas SMS/ telefon atau pelanggan datang sendiri ke rumah beliau untuk membuat tempahan sambal hitam, peneram dan maruku. Selepas beliau melibatkan diri bersama PI1M melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Lurah Bilut, beliau kini telah memiliki facebook, dan whatsapps sendiri yang dapat mempromosikan hasil perniagaan online beliau. Ini membolehkan pelanggan daripada luar dapat membuat tempahan dengan beliau berdasarkan nombor telefon yang disertakan di situ. Kini tempahan daripada pelanggan semakin bertambah dan pendapatan beliau juga turut meningkat. Perniagaan Char Kuew Tiow dan Chicken Chop beliau juga semakin meningkat kerana beliau menyediakan penghantaran secara percuma. Selain itu, beliau banyak mengikuti kursus2 yang berkaitan keusahawanan bagi memajukan penjualan beliau. Kini beliau sudah berjaya membuka peniagaan kecilan beliau. Kami dari Pusat Internet mengucapkan tahniah kepad Encik Md Hassan atas kejayaan beliau selama 4 tahun.

paklangbob 

 

USAHAWAN JATI SEROJA HANDMADE

Puan Norhayati iaitu suri rumah tangga dan berumur 36 tahun.  Beliau merupakan perunding emas online secara kecil-kecilan di dalam Felda Lurah Bilut dan dilantik sebagai agen sah Perniagaan ini telah beroperasi pada tahun 2015. Pada mulanya hanya komuniti sekitar sahaja yang mengetahui mengenai kerjaya beliau sebagai perunding dan tempahan dibuat melalui telefon atau pelanggan datang sendiri ke rumah beliau bagi mengetahui stok masih ada atau tidak. Selain itu, beliau juga mengambil tempahan membuat kek, biskut raya, jahitan pakaian dan jahitan manik yang dikenali dengan nama Jati Seroja Handmade.

Permulaan perniagaan beliau, hanya komuniti setempat sahaja yang mengetahui perkhidmatan yang disediakan. Tempahan pula dibuat melalui pesanan ringkas SMS/ telefon atau pelanggan datang sendiri ke rumah beliau untuk membuat tempahan emas dan makanan. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Lurah Bilut, beliau kini telah memiliki facebook, dan whatsapps sendiri yang dapat mempromosikan hasil perniagaan online beliau. Ini membolehkan pelanggan daripada luar dapat membuat tempahan dengan beliau berdasarkan nombor telefon yang disertakan di situ. Kini tempahan daripada pelanggan semakinbertambah dan pendapatan beliau juga turut meningkat.

kakyati2

 

USAHAWAN MOKCU PRODUCT

Puan Yusma merupakan usahawan online separuh masa selain sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sijil. Beliau menjual produk-produk makanan kering dan basah yang dibuat sendiri oleh beliau. Nama perniagaan online beliau ialah “Produk Keluaran Mokcu”. 

Puan Yusma telah memulakan perniagaan online secara kecil-kecilan di dalam Felda Lurah Bilut. Perniagaan ini telah beroperasi pada tahun 2015. Pada mulanya hanya komuniti sekitar sahaja yang mengetahui mengenai perniagaan beliau dan tempahan dibuat melalui telefon atau pelanggan datang sendiri ke rumah beliau bagi mengetahui stok masih ada atau tidak. Namun setelah mendapat permintaan ramai beliau telah mengembangkan perniagaan secara berperingkat dan kini beliau memiliki tagging nama produk sendiri. 

Pada peringkat awal, Puan Yusma agak kurang dalam kemahiran menggunakan komputer. Oleh itu, beliau banyak meluangkan masa di pusat internet untuk mempelajari asas-asas komputer dan mempelajari cara untuk memasarkan produk beliau. 

Setelah menghadiri kelas keusahawanan yang disediakan oleh pusat internet 1Malaysia beliau kini telah memiliki facebook dan whatsapps sendiri yang dapat mempromosikan hasil perniagaan online beliau. Ini membolehkan pelanggan daripada luar dapat membuat tempahan dengan beliau berdasarkan nombor telefon yang disertakan di situ. Kini tempahan daripada pelanggan semakin bertambah dan pendapatan beliau juga turut meningkat. Selain itu, produk beliau juga telah didaftarkan didalam aplikasi MyShop iaitu salah satu sistem dari Pusat Internet 1Malaysia dimana ia merupakan satu sistem untuk komuniti setempat mengembangkan perniagaan mereka. Kini tempahan puan Yusma daripada pelanggan semakin bertambah dan pendapatan beliau juga turut meningkat

12392021 1518868801745885 902061637017387431 n

 

USAHAWAN RESTORAN KADIR

Restoran Kadir merupakan syarikat persendirian yang telah menjalankan perniagaan kedai makan dan didaftarkan atas nama beliau sendiri. Dimiliki sepenuhnya oleh Encik Abudl Kadir bin Merankoothy. Restoran Kadir di Lorong No. 10 Sultan Haji Ahmad shah Lurah Bilut.

Kedai makan Kadir mula beroperasi pada tahun 2001 sehingga sekarang. kedai makan belia sering mendapat sambutan dengan pelbagai aneka juadah pagi dan tengah hari, dikendalikan oleh 4 orang pekerja termasuk isteri beliau.  Beliau memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM7000.00 dan purata keuntungan sebulan sebanyak RM5000.00 hingga RM7000.00 sebulan.

Kadir

 

USAHAWAN DOBI MAKSU

Kedai Dobi Mak Su merupakan syarikat persendirian yang telah menjalankan perniagaan mencuci pakaian iaitu dinamakan Kedai Dobi Mak Su. Dobi Maksu didaftakan atas nama beliau sendiri dan beliau merupakan anak henerasi ke 2 Felda Lurah Bilut.  Dobi Mak su ini di miliki sepenuhnya oleh Pn. Zabedah binti Badawi.

Bermula beroperasi sejak tahun 2014 hingga sekarang di kendalikan oleh beliau sendiri. Memulakan perniagaan dengan bermodalkan sebanyak RM10,000.00 dengan membeli 3 buah mesin basuh dan 1 buah mesin pengering. Purata keuntungan sebulan sebanyak RM3000 - RM5000 sebulan. Kedai Dobi Mak su beralamat di Lorong no. 4 Lorong Sultan Hj. Ahmad Shah Lurah Bilut.

DOBI