Belootz Enterprise diusahakan oleh usahawan online sepenuh masa iaitu Siti Nurul Faizah merupakan anak peneroka Felda Lurah Bilut yang berumur 26 tahun. Beliau menjual pelbagai jenis kek dan cookies mengikut tempahan customer.

Merupakan anak ketiga pasangan Sabriah bt Mat Lias dan Abu Hassan bin Abdullah. Pernah belajar di SK Lurah Bilut dari tahun 2000 hingga 2005 dan SMK Lurah Bilut dari tahun 2006 hingga 2010. Tamat persekolahan, menyertai PLKN selama tiga bulan pada tahun 2011. Selepas tamat PLKN, dia pernah bekerja di kedai buku selama 5 bulan. Pada tahun 2012, beliau menyertai GIATMARA selama 6 bulan dalam bidang ‘Confectionary and Bakery’.

Setelah tamat sahaja GIATMARA, beliau mula membuka perniagaan ‘Bakery’ yang diberi nama Belootz Enterprise dan sehingga sekarang perniagaan berjalan dengan lancar. Menurutnya, 'pertama kali melihat PI saya hanya membayangkan ianya sama fungsi seperti ‘cybercafe’ yang ada disekitar kawasan ini. Rupanya andaian saya kurang tepat. PI bukan sahaja tempat untuk melayari internet malah ada juga disediakan tempat latihan. Bagi mana-mana individu yang ingin memantapkan pengetahuan berkaitan ICT saya rasa PI adalah tempat yang paling sesuai kerana apa yang dipelajari di luar sama sahaja dengan yang di pelajari di PI.

Selain daripada kek, beliau juga menerima tempahan untuk membuat kuih raya. Sambutan terhadap perniagaannya amat menggalakkan. Tempahan bukan sahaja daipada komuniti setempat, malahan juga daripada kawan-kawan laman sosial beliau. Antara tarikan utama Siti Nur Faizah untuk datang ke PI adalah kerana kadar bayaran yang rendah sesuai untuk penduduk kampung yang berpendapatan sederhana, kemudahan yang disediakan yang sememangnya lengkap dan bilik latihan yang lengkap dengan kelengkapan untuk belajar. 

FAIZAH

Puan Zarinah Nor merupakan pengusaha kraftangan buluh Felda Lurah Bilut yang mengusahakan hasil kraftangan beliau sendiri. Beliau menyediakan perkhidmatan menghasilkan kraftangan berdasarkan tempahan daripada pelanggan. Sehingga kini, beliau sendiri mempunyai pelanggan tetap hasil kraftangan yang dijual luar daripada Felda Lurah Bilut.

Puan Zarinah telah memulakan penghasilan kraf buluh daripada zaman beliau muda lagi. Disebabkan minat yang mendalam kepada penghasilan kraf buluh, beliau telah dapat menghasilkan produk-produk berasaskan buluh. Beliau di bantu oleh dua orang pembantu. Pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia merupakan modal permulaan untuk beliau membeli barang-barang peralatan untuk penghasilan kraf buluh. Kini, purata pendapatan beliau sebanyak RM700-RM1,000 sebulan mengikut harga pasaran. Antara produk kraf buluh yang mendapat sambutan adalah bekas hantaran kerana keunikan dan kehalusan pembuatan kraf tersebut. Hasil tangan beliau juga turut di pamerkan di Muzium Felda Lurah Bilut.  Puan Zarinah juga pernah mengikuti kursus usahawan anjuran dari Pusat Internet dan kursus lain yang di jalankan di Pusat Internet.  Kami petugas Pusat Internet mengucapkan selamat maju jaya dalam bidang keusahawan kepada Puan Zarinah Nor.

WhatsApp Image 2018 10 16 at 4.29.11 PM

Kuih Raya Digital @ KRD merupakan kuih raya yang menggunakan QR bacord untuk memperkenalkan serta mempromosikan kuih raya mengikut perkembangan selaras teknologi negara.  Ia harus scan pada bacord untuk mendapatkan detail produk sertai detail usahawan KRD.  Usahawan KRD terdiri dari belia Felda Lurah Bilut  yang sedang bergiat aktif dalam mempromosikan kuih modern dan traditional homemade. Kuih yang sepenuhnya homemade dan bahan yang digunakan dijamin berkualilti tinggi serta harga yang sgt berpatutan.  

Antara jenis KRD ialah Empingan Kacang, Mazola Klasik @ Fancy Nutzola, Semprit Susu, Cornfalkes cookies, Rempeyek, Kuih Gunting, Kuih Loyang, Putu Kacang & Rainbow Cookies. 

KRD 4

Rora Rose Bakery diusahakan oleh Puan Rohaizatul Akma Razali.  Puan Rohaizatul merupakan menantu peneroka Felda Lurah Bilut.  Beliau telah memulakan perniagaan kek dan biskut selepas melihat potensi jualan di sekitar Felda Lurah Bilut.  Peniagaan ini telah beroperasi pada tahun 2017.  Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di mana hanya di kawansan sekitar dan turut serta berniaga di pasar malam Felda Lurah Bilut setiap hari Jumaat.

Beliau memulakan perniagaan dengan bermodalkan RM300-RM500 Sebulan. Dengan kesungguhan dan penglibatan beliau dengan Pusat Internet beliau mampu beroleh keuntungan yang baik.

KISAH KEJAYAAN

Sugar Nome Homade diusahakan oleh usahawan online sepenuh masa iaitu Nurul Najwa binti Ahmad merupakan cucu peneroka Felda Lurah Bilut yang berumur 29 tahun.  Beliau menjual pelbagai jenis kek, kuih raya,  dan sebagainya yang dibuat sendiri oleh beliau. 

Cik Najwa telah memulakan perniagaan online secara kecil-kecilan di dalam Felda Lurah Bilut. Perniagaan ini telah beroperasi pada tahun 2014. Pada mulanya hanya komuniti sekitar sahaja yang mengetahui mengenai perniagaan beliau dan tempahan dibuat melalui telefon atau pelanggan datang sendiri ke rumah beliau bagi mengetahui stok masih ada atau tidak. Namun setelah mendapat permintaan ramai beliau telah mengembangkan perniagaan secara berperingkat dan kini beliau memiliki tagging nama produk sendiri.

Beliau memulakan perniagaan dalam bidang ini dengan bermodalkan sebanyak RM2000.00 sahaja dengan secara kecilan dan kuantiti produk yang sedikit. Produk juga di jual hanya sekitar rumahnya sahaja.  Setelah mendapat sambutan yang hebat beliau kini makin maju dan kuantiti produknya juga semakin bertambah. Kami dari pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Lurah Bilut mengucapkan tahniad dan selamat maju jaya dalam bidang perniagaan.

ciknajwa8