Pada 23 November 2017 berlangsungnya aktiviti Malam Santai bersama JKKK Felda Lurah Bilut, MBFM Kebangsaan, Pengurusan Felda Lurah Bilut & Felda Wilayah Mempaga di teratak kediaman pengerusi MBFM Felda Lurah Bilut Izzuddin Hamzah. Turut di hadiri oleh Yg Berbahagia Tuan Presiden Mbfm Kebangsaan kanda Fadzli Hassan, Mr SUA Mohd Syahrizal MD Yusof & exco2 kebangsaan, Kanda Azril Ramli & exco2 wilayah mempaga.

 

 SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS BELIA NEGERI PAHANG

Majlis Belia Negeri Pahang telah ditubuhkan pada 10 Jun 1979 di mana satu mesyuarat penubuhan Majlis Belia Negeri Pahang telah diadakan bertempat di dewan kediaman rasmi YAB Menteri Besar Pahang Jalan Teluk Sisek Kuantan pada pukul 4.30 petang. Di dalam mesyuarat tersebut, mesyuarat telah membincangkan mengenai pemilihan pengerusi dan setiausaha mesyuarat, mengambil persetujuan menubuhkan Majlis Belia Negeri Pahang yang baru, membincang dan menerima perlembagaan, melantik ahli-ahli jawatankuasa kerja bagi tahun 1979/1980 serta melantik dua orang juruaudit.

Hasil dari mesyuarat tersebut, satu surat permohonan untuk pendaftaran Majlis Belia Negeri Pahang telah dihantar ke pejabat pendaftar pertubuhan Malaysia pada 20 Jun 1979. Segala prosedur dan borang-borang yang diperlukan telah dihantar ke pejabat pendaftar pertubuhan Malaysia. Satu surat akuan penerimaan permohonan untuk pendaftarn dari pejabat pendaftar pertubuhan Malaysia juga telah diterima Majlis Belia Negeri Pahang menandakan surat permohonan pendaftaran Majlis Belia Negeri Pahang telah diterima.

Presentation1 

           

                 

                                    

MISI

untuk menjadi Persatuan dimana belia, beliawanis mengambil sepenuhnya bahagian secara aktif:

- untuk memberi inspirasi terhadap orang ramai mengeai sumbangan belia, beliawanis kepada komuniti.

-memajukan belia, beliawanis dalm setiap aspek kerohanian, fizikal, sukan, pendidikan,intergriti, patriotism dan kemahiran.

-menjadi ikon kepada anak generasi felda baru.

VISI

Membina sebuah dunia, di mana belia, beliawanis FELDA dihormati, berpengaruh dan dapat memutuskan idea dan pandangan yang memberi kesan terhadap agama, bangsa dan tanah air.