Dikemaskini pada 10 April 2020, jam 5 petang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 222 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,830 kes (42.11 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 10 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 118 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,346 kes. Ini bermakna, bilangan kes yang didiscaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

Sehingga kini, seramai 69 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 40 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 70 kes (1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

(1) Kes kematian ke- 68 (kes ke-694) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis.  Beliau juga mempunyai kontak rapat kepada kes ke-159 iaitu Kluster Seri Petaling. Beliau dimasukkan ke Hospital Queen Elizebeth, Sabah.

(2) Kes kematian ke-69 (kes ke-4229) merupakan lelaki wagraneaga Malaysia berumur 77 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis.   Beliau di masukkan ke hospital Kuala Lumpur. 

(3) Kes kematian ke-70 (kes ke-4230) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 88 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan dementia.   Beliau juga kontak rapat kepada kes ke-1684.   Beliau di masukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

status covid 10 april

kes positif mengikut negeri 10 april

Sumber telegram channel Kementerian Kesihatan Malaysia

Kekal duduk di rumah bersama keluarga.

Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan putuskan rangtaian jangkitan COVID-19.

bdc32cf0 ddf1 4bca 8afb 4b6a361c2dec

Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 09 April 2020.

Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah sebanyak 109 orang. Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 4,228 orang. 

Jumlah pesakit discaj adalah sebanyak 121 orang. Ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 1,608.

Pesakit di ICU adalah sebanyak 72 orang dan 43 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seramai 2 orang. Keseluruhan kematian di negara kita setakat ini adalah 67 orang.

(1) Kes kematian ke-66 (kes ke-2798) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 59 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit autoimun dan beberapa penyakit kronik yang lain.  Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.  Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 31 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 9 April 2020 jam 5.00 petang. 

(2) Kes kematian ke-67 (kes ke-2864) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 23 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit tiroid.  Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan dua kes positif COVID-19 Iaitu kes-2469 dan kes ke-2470 dan merupakan generasi ke-5 kluster persidangan gereja di Kuching, Sarawak (beliau bukan peserta persidangan ini). Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 30 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 9 April 2020 jam 9.42 pagi. 

Status covid 9 april

kes positif mengikut negeri 9 april

Sumber telegram channel  Kementerian Kesihatan Malaysia

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial setakat 9 April 2020. 

Laporkan sebarang berita/maklumat yang diragui kesahihannya kepada kami. Salurkan maklumat yang anda terima di pautan https://sebenarnya.my/salur/. Sila sertakan pautan URL dan kandungan mesej yang anda terima. Sama-sama kita membanteras berita palsu demi kesejahteraan rakyat dan negara. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi!

Sumber telegram channel Sebenarnya.my

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial setakat 8 April 2020. 

Laporkan sebarang berita/maklumat yang diragui kesahihannya kepada kami. Salurkan maklumat yang anda terima di pautan https://sebenarnya.my/salur/. Sila sertakan pautan URL dan kandungan mesej yang anda terima. Sama-sama kita membanteras berita palsu demi kesejahteraan rakyat dan negara. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi!

Sumber telegram channel Sebenarnya.my

Sub-kategori