NaDi FELDA LURAH BILUT

Selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melayari portal kami. Felda Lurah Bilut merupakan sebuah tanah rancangan Felda yang terletak di dalam kawasan Mukim Bilut, daerah Bentong, Pahang.  Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) atau National Information Dissemination Centre (NaDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat(PPS).  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Telekom Malaysia (TM) Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd telah mewujudkan NaDi Felda Lurah Bilut untuk  memberi kemudahan serta peluang dalam kalangan penduduk di sekitar Felda Lurah Bilut khususnya, dan sekitar Daerah Bentong amnya untuk mempelajari serta meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

Kewujudan NaDi Felda Lurah Bilut juga diharap dapat menjadi rantaian teknologi maklumat bagi masyarakat Felda Lurah Bilut dalam merangkaikan rangkaian internet sedia ada seperti di sekolah-sekolah, pusat kesihatan, kerajaan elektronik serta badan bukan kerajaan. Bermula 1 Mac 2024, Menteri Komunikasi Malaysia iaitu Yang Berhomat Fahmi Fadzil telah mengumumkan nama baru bagi PEDi. NaDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK), Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M), Pusat Internet Komuniti (PIK) dan sekarang Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Melalui penubuhan NaDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).