Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah menubuhkan Pusat Koncervasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah pada 1989. Pusat ini merupakan markas bagi pasukan pemindahan Gajah, yang memulakan program pemindahan gajah pada 1974. Sebagai satu-satunya program seumpamanya di Malaysia, pasukan ini bertanggungjawab menempatkan, menjinakkan dan memindakan gajah-gajah dari habitat asal mereka yang sering dicerobohi oleh aktiviti-aktiviti perladangan, ke habitat-habitat lain yang lebih sesuai di seluruh semenanjung Malaysia, termasuk Taman Negara.

Lokasi Dari Kuala Lumpur gunakan Lebuhraya Karak/Lebuh Raya Pantai Timur sehingga keluar di Plaza Tol Lanchang. Selepas tol Lanchang, belok kanan di simpang dan ikuti papan tanda di sepanjang perjalanan melalui Kg. Bolok serta perkampungan Orang Asli. Pada hujung jalan tersebut anda akan tiba di pintu masuk Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Perjalanan ini mengambil masa selama 2 jam dengan perjalanan sejauh lebih kurang 120km dari Kuala Lumpur. 

kg165