Bagi pengunjung yang mahu bercuti dan merasai suasana sebenar di ladang, D'Bilut Agro Farm, Lurah Bilut, Bentong adalah destinasi yang seharusnya diletakkan dalam senarai percutian anda.  Terletak kira-kira satu jam dari Tol Gombak, udara segar di tambahkan dengan persekitaran mesra keluarga dan pemandangan menghijau, pasti membangkitkan suasana percutian yang menenangkan pengunjung. Bukan sahaja suasana pemandangan indah boleh didapati di D'Bilut Agro Farm, malah pelbagai aktiviti menarik turut disediakan kepada pengunjung bagi merasai konsep sebenar kehidupan ladang di atas tanah berkeluasan 7.5 ekar itu. 

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan adalah memberi makan kepada kira-kira 120 ekor rusa di ladang rusa, merasai keenakan madu kelulut, melawat taman-taman haiwan seperti arnab, burung, kucing, aktiviti memanah dan jugak wayang pacak. Pelbagai lagi aktiviti menarik boleh dilakukan.  Untuk sebarang pertanyaan atau menempah anda boleh layari mereka disini :-

Facebook page: https://www.facebook.com/DBilutAgroFarm

Web site : https://dbilut.com.my/ 

Tempat : Lot 6773, Lurah Bilut, 28800 Bentong, Malaysia

Sumber dari Facebook D'Bilut Agro Farm