Tajuk lukisan mural ini adalah pengerak.  Ia mempunyai unsur tenaga dan lukisan ini telah menggunakan warna-warna yang lebih "pop" dan segar.  Dalam lukisan ini terdapat dua elemen dalam lukisan di sebelah kiri elemen jentera dan di sebelah kanan elemen manusia.  Ia mewakili wira-wira peneroka yang bekerja keras dalam memastikan kejayaan Felda.  Manakala latar belakang pula mewakili gunung ganang dan lembah bilut yang suasananya sentiasa berkabus.  Berkenaan dengan warna yang digunakan pula, warna jingga mewakili Felda, sawit dan tanah manakala hijau mewakili nafas tanaman sawit dan hutan.

Mural ini asalnya adalah sebuah kilang baja dan telah di gantikan Mural sempena pelancaran Felda 2.0 yang telah dirasmikan oleh pernda menteri Malaysia.  Mural ini menjadi salah satu tempat pengunjung akan berkunjung untuk mengambil gambar dijadikan kenangan.

26805519 1720989621273275 2025713679575391977 n

Kolam air panas di Bentong Pahang terletak kira-kira satu jam dari Kuala Lumpur adalah  begitu terkenal di kalangan penggemar alam semula jadi.  Terletak di sekitar hutan hujan Khatulistiwa yang mendamaikan para pengunjung yang ada.  Suria Hot Spring juga menawarkan penginapan dan restoran yang dikendalikan oleh Suria Resort dan Hotels.  Lokasinya tidak jauh dari bandar adalah kira-kira 69KM dari utara Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak. 

Suria Hot Spring Resort adalah tempat di mana anda boleh menikmati kolam penyejukan atau hanya berendam dalam air panas sulfur yang di salurkan terus dari mata air panas ke tab mandi.  Anda juga boleh memilih untuk menikmati air panas awam dan bagi yang mencari masa santai dan lebih tenang, anda boleh memilih kolam renang peribadi untuk keselesaan anda. Pelbagai lagi moment yang menarik anda boleh menikmati di sini. Jika ada sebarang pertanya boleh layari di fb Suria Hot Spring Bentong Pahang https://www.facebook.com/suriahotspringresort/?ref=page_internal.

Front View

*sumber dari fb suria hot spring resort

Video Disini

Bentong Walk dijangka akan menjadi tarikan pelancong di daerah ini. Ia diinspirasikan oleh Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Bentong lebih dikenali sebaris dengan halia Bentong dan durian Musang King. Selain kaya dengan sumber semulajadi dan pemandangan indah, pelancong juga mampu mempunyai kenangan manis lain ketika melalui pesta Kebudayaan di Bentong Walk ini sekaligus dapat menjana ekonomi penduduk. Banyak keistimewaan lain ditawarkan kepada pengunjung untuk memperkenalkan Bentong kepada pelancong dalam dan luar negara secara berperingkat. 

bentongwalk
*Sumber dari internet
 
 

Bukit Raka yang berada di Daerah Bentong yang mempunyai daya tarikan tersendiri, bagi peminat aktiviti mendaki.  Bukit Raka yang mempunyai ketinggian 579 meter dari paras laut.  Untuk mendaki ke puncak Bukit Raka, boleh melalui jalan masuk dari Felda Mempaga, Taman Bentong Makmur dan Taman perumahan Taman Hussain.  Ketiga-tiga laluin mempunyai trek yang berbeza-beza dan abaran muka bumi tersendiri. Di puncak ini kite bolehmelihat sekitar Bandar Bentong.

 58091481

*sumber dari fb Majlis Perbandaran Bentong

Bilut Adventure Park @ Bilut Extreme Park ditubuhkan pada Mei 2013.  mereka adalah salah satu sukan yang mencabar dimana yang menyukai alam semula jadi dan cabaranya. Untuk berkongsi keseronokan, mereka telah menyediakan peluang untuk semua orang untuk menikmati keindahan alam semula jadi dan mengalaminya.  Pengalaman ini akan membantu kita menghargai dan memelihara alam semula jadi kita bukan sahaja untuk kita malah untuk generasi akan datang.

Masa :  Mon - Tues :  9:30 am - 6:00 pm

          :  Thurs - Sun:  9:30 am - 6:00 pm

Phone Number : 014-608 8803

Fb :  https://www.facebook.com/BilutAdventurePark/  

bilutpark1