Bilut Backpackers Hostel (BBH) yang sebelum ini adalah Stor Baja yang telah dinaiktaraf dan dijadikan hostel yang boleh menempatkan seramai 20 orang penghuni dalam satu masa. Ianya juga dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin dan ruang rehat berkonsepkan kontemporari. Bilut Backpackers Hostel terletak di dalam kawasan rancangan Felda Lurah Bilut berdekatan dengan Tanduk In The Garden (TIG). 

sumber dari fb Lembah Digital Bilut

Tanaman buah markisa di usahakan oleh tuan Yip Seng Lam iaitu peneroka (F) Lurah Bilut.  Bermula pada April 2019. Tanaman ini berada di dalam felda Lurah Bilut dan bertempat di no. 339 kampung baru (F) Lurah Bilut keluasan 914.59 meter persegi. 

Banyak kelebihan dan khasiat buah ini iaitu kandungan fitokimia yang mampu membunuh sel kanser.  Berikut adalah beberapa khasiat markisa pada tubuh antaranya mengatasi insomnia, mengatasi batuk, anti alergi, menenangkan anak yang hiperaktif, melancarkan ASI, menjaga kecantikan wajah, menurukan kolestrol,  dan melancarkan peredaran darah. 

 

 sumber dari fb Yip Seng Lam

Cinta Manis Eco Resort mempunyai keluasan tanah 18 ekar. Resort ini dilengkapi bilik dengan kemudahan aircond, kesegaran tanaman sayuran dan buah-buahan untuk dinikmati. Terdapat juga pelbagai aktiviti lasak seperti rock climbing dan flying fox. Selain itu pengunjung juga boleh memancing, bersenam, memberi makan haiwan dan menaiki bot. Perjalanan ini mengambil masa dalam 34 minit dengan pejalanan sejauh 36 km dari Felda Lurah Bilut. 

Alamat : Lot 3744, Kampung Cinta Manis 28600 Karak, Pahang

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Website : http://cintamanisecoresort.com

Himalayan Salt Soap 3oz 2F 85.05g

HUTAN LIPUR SUNGAI CHAMANG terletak di Hutan Simpan Bukit Tinggi yang mempunyai jenis Hutan Dilitupi oleh Bukit. Hutan Lipur Chamang yang dulunya dikenali dengan nama Air Terjun Chamang terletak kira-kira 8 km dari bandar Bentong, Pahang. Ia terletak dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Bukit Tinggi. Jarak dari Kuala Lumpur kira-kira 69 km.

Keunikan hutan lipur ini ialah air terjun dan jeram yang mengalir deras serta pelbagai rupa dan bentuk hamparan batu yang terdapat di sini. Kawasan hutan lipur ini juga terdapat pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan, serangga, burung, reptilia yang unik lagi mengkagumkan.  Klik disini untuk lihat video

terjunchamang2

Sumber dari http://tempatpelancongandimalaysia.blogspot.com/2011/10/hutan-lipur-chamang-bentong-pahang.html

Pemilik Ikan Bakar Sri Tanjong berasal dari Kuantan.  Pemilik restoran itu memang minat dalam bidang masakan sejak muda dan suka akan masakannya.  Tidak pernah tahu bahawa masa dan usahanya dalam memasak sepanjang tahun itu menjadikannya seorang tukang masak pada hari ini dah memiliki sebuah restoran.  Ikan Bakar Sri Tanjung adalah yang terbaik di Bentong, Pahang.  

Daya tarikan utama di sini ialan ikan bakarnya yang sedap dan mampu menarik ramai pelanggan. Disini juga menyediakan masakan panas ala thai, tomyam, sup ekor, sup tulang dan macam-macam lagi.  Pelbagai minuman yang boleh dipilih antara yang sepecial adalah air kelapa pandan.  Nasi lemak kukus juga terdapat di restoran dan juga keropok lekor untuk permanis mulut yang disediakan dengan sos thai.  Lokasi Ikan Bakar Sri Tanjong betul berhadapan dengan kubur Cina. Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa. 

ikan bakar sri tanjung bentong pahang