Tarikh | : 17 Februari 2019 |
Masa | : 09:00 Pagi - 11:00 Pagi |
Lokasi | : Co-Working Space Felda Lurah Bilut |
Peserta | : Komuniti Felda Lurah Bilut |
Tujuan
Program pemberian sumbangan baju-baju kepada komuniti Felda Lurah Bilut yang memerlukan, semua barang yang diberi adalah percuma dengan bertujuan memberi sambil beramaL. Kelebihan program ini adalah dapat menolong golongan yang sangat memerlukan serta dapat menyemai adab ketika meminta barang dengan mengucapkan "terima kasih". Selain itu, program ini mampu mengeratkan hubungan pemberi & penerima dan membuat penerima tersenyum gembira.
Manakala, perasmian Tanduk in the Garden telah di rasmikan oleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad, mantan Pengerusi Felda. Dimana TIG merupakan salah satu idea dari beliau bagi kemajuan Lembah Digital Bilut di Felda Lurah Bilut.
Aktiviti
Seawal pagi program ini diberi taklimat serba sedikit mengenai program Ecofreemarket ini. Setiap pengunjung akan diberi 5 kupon untuk semua barang yang ada disekitar program itu. Komuniti diminta memilih dan mengambil barang yang diperlukan sahaja dan mereka di lepaskan secara berkelompok. Klik gambar penuh disini.