Anak-anak lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 boleh mula menyemak keputusan tawaran masuk ke Tingkatan 6 bagi tahun 2021 mulai 5 Julai 2021 di pautan https://sst6.moe.gov.my/
 
Selamat Maju Jaya diucapkan kepada anak-anak. Teruskan niat ikhlas berguru demi ilmu. Nescaya, ilmu yang diperolehi akan sentiasa lekat di hati.
 
205720168 2682721468691744 4330157113667692539 n
Sumber FB Dr Radzi Jidin

HEBAHAN !!!

Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2013 (berumur 6 tahun pada 2019), yang lahir pada 2014 (berumur 5 tahun pada 2019) atau yang lahir pada 1.1.2015 (berumur 4 tahun pada 1.1.2019) wajib ambil tahu!

GUIDELINE 

1) Anda adalah penduduk Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak masih menggunakan borang pendaftaran manual.

2) Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2019 https://public.moe.gov.my

3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.

4) Dokumen yang diperlukan
- sijil lahir anak (salinan + asal)
- kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
- surat nikah / cerai (salinan + asal)
- bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
- sampul surat standard dan setem
- laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
- semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah 

5) Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed no 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera

pendaftaran tahun 1

Assalamualaikum

Pasti At-Taqwa Lurah Bilut akan buka pendaftaran pada 2 Januari 2020

Bagi tahun 2020 kami menyediakan perkhidmatan Daycare/ transit petang bagi ibu bapa yang bekerja..
Jika berminat boleh la hubungi no yg tertera seperti berikut:-

Ustazah murni - 013-9732067 / 011-25743148
En.Mohd Zamri Nong - 012-9674890
En. Hosman Mat Ali - 019-7663510
Makngah Noraini Aini - 019-6167102

71018369 2464074777033819 2807634805888385024 o

sumber dari fb ustaz murniyati 

Felda Lurah Bilut dilengkapi dengan kemudahan pendidikan kepada anak-anak Felda antaranya ialah Tabika KEMAS, PDK, SekolahKebangsaan, SJK (Cina), SJK (Tamil), Sekolah Menengah dan perpustakaan desa.  Ini memudahkan anak-anak di dalam Felda ini untuk pergi ke sekolah. Pendidikan adalah salah satu yang dititikberatkan oleh pentadbiran Felda Lurah Bilut. Ini untuk memastikan bahawa anak-anak Felda tidak ketinggalan dalam bidang akademik. Disebabkan komuniti Felda Lurah Bilut terdiri daripada berbilang bangsa, maka sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil juga telah dibina. Bukan itu sahaja, ibu bapa kaum melayu juga ada yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan itu.  

Ini bertujuan untuk anak-anak mereka dapat mempelajari bahasa lain selain daripada bahasa melayu dan bahasa inggeris. Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) pula adalah pendidikan yang diberikan kepada golongan OKU yang tidak melepasi syarat untuk memasuk sekolah permulihan di dalam sekolah kebangsaan dan menengah. Secara khususnya, Pemulihan dalam Komuniti (PDK) merupakan satu kaedai pembangunan komuniti untuk OKU di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya dapat mengecapi peluang sama rata serta diintegrasikan dalam masyarakat. 

 

SJKC

SJK Cina Lurah Bilut

SKJT

SKJ Tamil Lurah Bilut

SK

SK Felda Lurah Bilut       

SMK

 SMK LKTP Lurah Bilut 

tabikakemasflurahBilut

Tabika Kemas Felda Lurah Bilut

KELAS LITERASI

Literasi Felda Lurah Bilut

PDK

PDK Felda Lurah Bilut

UITM KAMPUS RAUB 

Untuk pengentahuan semua, di daerah Raub, Uitm telah ditubuhkan terletak di Mukim Gali. Ia merupakan cawangan Uitm Pahang yang dikenali sebagai kampus Raub. Kampus Raub terletak tidak jauh dari Felda Lurah Bilut antara kira-kira 10 KM sahaja. Selain itu, ramai anak-anak Felda Lurah Bilut yang telah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyambung pelajaran mereka di Uitm Kampus Raub ini. Ianya didirikan melalui perancangan oleh  pengurusan tertinggi UiTM bagi memberikan lebih banyak peluang pembelajaran terutama kepada kaum bumiputera.

Kampus ini telah dibina secara Private Financial Initiative (PFI) oleh Syarikat konsesi Utusan Intelek Sdn. Bhd.  Keluasan kampus ini adalah 80 ekar dan keluasan yang digunakan untuk pembangunan adalah seluas 30.5 ekar.   Pembinaan kampus ini telah bermula pada 1 November 2012.

Majlis Pecah Tanah kampus ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada 4 Mei 2013. Setelah 3 tahun pembinaannya, kampus ini telah berjaya disiapkn pada 31 Oktober 2015.

Kampus Raub ini turut dilawati oleh KDYTM Tengkku Abdullah Al Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, Tengku Mahkokta Pahang pada 28 Jun 2015.  Kampus ini telah diserahkan sepenuhnya kepada UiTM Cawangan Pahang pada 13 November 2015. Dengan penerimaan tersebut, kampus raub telah mula beroperasi pada 29 November 2015.