Sejarah Bilut asalnya adalah sebuah lembah di Banjaran Titiwangsa bersempadankan Sg Bilut dan Hutan Simpan Klau. Bilut adalah sejenis ikan darat dan saintifiknya Krytopterus Cryptopterus. Felda telah memilih Lurah Bilut di Pahang sebagai rancangan pertama untuk dimajukan. Pada 16 Ogos 1957, Felda telah mengemukan cadangan pembangunan di Lurah Bilut secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Pahang meluluskan cadangan tersebut. Pada 1 April 1958 bermula lah pembangunan Lurah Bilut yang melibatkan kawasan seluas 12,920 ekar. 

Kampung (F) Lurah Bilut ialah sebuah kampung tersusun, yang asalnya dibawah Pentadbiran Felda pada ketika itu. Penghijrahan masuk penduduk adalah meliputi seluruh negeri di semenanjung Malaysia iaitu pada 1959 dan ianya merupakan penempatan FELDA  yang pertama di Malaysia, yang telah di ilhamkan oleh Tun Abdul Razak bin Hussein, Bapa Pembangunan Malaysia.

Penghijrahan masuk ke kampung adalah secara berperingkat-peringkat dengan bilangan peserta seramai 616 orang. Terdiri dari berbagai kaum. Melayu (400 Orang), Cina (169 Orang) & India (47 Orang). Pada peringkat awal penempatan, semua kerja-kerja pembinaan rumah dan penanaman getah diusahakan secara gotong-royong. 

                                                                      KRONOLOGI PEMBUKAAN FELDA LURAH BILUT

    

 

Keratan Akhbar Kosmo 20 Julai 2017

FB IMG 1500692824118FB IMG 1500692826738FB IMG 1500692830279