Pihak Pusat Ekonomi Digital Felda Lurah Bilut mengucapkan jutaan tahniah kepada usahawan "Debab Berapi Food and Services" iaitu Puan Azrina Binti Non kerana pencapaian beliau dinobatkan " Anugerah Usahawan Felda 2023" pada Majlis Hari Peneroka Felda 2023 di MAEPS Serdang  pada 13 Julai 2023.

 

 

Kak ina anugerah usahawan felda 2023 kak ina 2 usahawan felda

 

"Bilut Nangka Madu 888" diusahakan oleh Puan Nur Saidatul Laila.  Beliau aktif menjual sejak 4 tahun yang lalu.  Beliau mempunyai gerai sendiri di alamat Lot 6776 Jalan Bilut Raub, Felda Lurah Bilut, Bentong.  Gerai beliau juga berdekatan dengan tempat rekreasi Bilut Extreme Park.

Nursaidatul Laila telah menjual buah nangka madu secara offline dan online di sekitar Felda Lurah Bilut dan berdekatan denganya.  Beliau juga membuat perkdimatan penghantaran kerumah di sekitar (F) Lurah Bilut sahaja.  Selain nangka madu, beliau juga ada menjual pelbagai buah tempatan iaitu durian, rambutan dan nenas.  Buahan tersebut mengikut musim dan tempahan pelanggan. 

Untuk permulaan berniaga, pendapatan Nur Saidatul Laila sekitar RM600 hingga RM1200 sahaja sebulan.  Malah jumlah buah juga tidak banyak dan kurang tempahan.  Ketika itu beliau hanya menjual buah nangka madu sahaja promosi pengiklananya kurang kerana beliau tidak pandai. 

Selepas menglibatkan diri ke kelas usahawan di bawah Pusat Internet, beliau semakin mahir dalam penggunaan internet dan komputer.  Malah beliau juga pandai untuk mempromosikan perniagaan di laman sosial seperti facebook dan whatsapp group.  Kini perniagaan beliau juga telah memiliki akaun page iaitu @Bilut Nangka Madu 88.  Pendapatan beliau kini mencecah RM1500 hingga RM3000.

20545289 1385106894877323 3197552453814905981 o

Kuih Sejuk Beku di usahakan oleh Puan Rosidah binti Arli. Beliau merupakan salah seorang usahawan yang bergiat aktif di Felda Lurah Bilut. Di samping itu, beliau berniaga di gerai waktu petang untuk menampung keperluan mereka sekeluarga.

Puan Rosidah merupakan usahawan menjual kuih muih.  Beliau aktif menggunakan aplikasi whatsapp berbanding facebook untuk menjual.  Terkini beliau mengadakan perancangan jualan sejuk beku.  Mahu meningkatkan pengeluaran kuih-muih dengan cara pembekalan kuih-muih sejuk beku.  Kuih utama adalah karipap sardin, karipap kentang samosa dan bijan. 

Permulaan kos dalam perniagaan beliau hampir kepada RM500 hingga RM700.  Selepas perniagaan beliau mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan yang berdekatan.  Pendapatan beliau meningkat hampri mencecah ke RM1000. 

 

kisahkejyaanpnrosidah2

"Legend Cookies" diusahakan oleh Puan Wan Siti Aminah.  Beliau merupakan usahawan online dan offline dalam bidang bakery.  Beliau menjual cookies iaitu semprit susu & popcorn untuk projek goodies.   

Pn. Wan Siti Aminah telah memulakan perniagaan online secara kecil-kecilan di dalam Felda Lurah Bilut. Pada mulanya hanya komuniti sekitar sahaja yang mengetahui mengenai perniagaan beliau dan tempahan dibuat melalui telefon atau pelanggan datang sendiri ke rumah bagi mengetahui stok masih ada atau tidak.  Namun setelah mendapat permintaan yang tinggi oleh pelanggan beliau telah mengembangkan perniagaannya secara berperingkat dan kini beliau memiliki tagging nama produk sendiri. Produk cookies beliau juga telah berkembang dari luar bandar ke bandar banyak premis telah menjual produk cookies beliau.

 

Pada peringkat awal, Pn Wan Siti Aminah agak kurang kemahiran menggunakan komputer.  Oleh itu, beliau banyak meluangkan masa di pusat internet untuk mempelajari asas-asas komputer dan mempelajari cara untuk pemasaran produk beliau. Pada masa itu, pendapatan beliau dalam menjual cookies hanyalah RM500 hingga RM700 sebulan sahaja.

Setelah menghadiri kelas usahawan yang telah disediakan oleh pusat internet beliau kini telah memiliki akaun facebook, whtsapps & instagram sendiri yang membantu mempromosikan hasil perniagaan online beliau.  Ini membolehkan pelanggan dari luar banda membuat tempahan dengan beliau berdasarkan nombor telefon yang telah disertakan disitu. Kini tempahan daripada pelanggan semakin bertambah dan pendapatan beliau turut meningkat. Kini pendapatan beliau dalam menjual  cookies telah mencapai tahap meningkat dengan RM1500 hingga RM3000 sebulan.

56400363 2834078819965992 7708014146402385920 n 53176151 2741484872558721 2180859383590682624 n

                                   

                                                                                                                             

Ayam Perap Cik Nis Kitchen di usahakan oleh Puan Hanisah binti Mustafa.  Beliau merupakan anak peneroka Felda Lurah Bilut dan merupakan salah seorang usahawan yang bergiat aktif di Felda Lurah Bilut. Puan Hanisah merupakan pengguna Pusat Internet dan sering ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan yang ada di sini. 

Puan Hanisah mula bergiat aktif menjual ayam perap pada pertengahan tahun 2016.  Beliau meniaga secara kecil-kecilan sahaja hanya menjual dirumah. Beliau akan mengambil oder melalui aplikasi whtsap atau facebook. Perapan ayam ni dibuat sendiri oleh Puan Hanisah dengan menggunakan ramuan turun temurun beliau. 

Permulaan kos dalam perniaggan beliau hampir kepada RM500 hingga RM700.  Selepas perniagaan beliau mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan yang berdekatan. Pendapatan beliau meningkat hampir mencecah ke RM1000.  Selain itu, beliau sering mempromosikan Ayam Perap beliau di media sosial seperti Facebook , Whatsapp group dan aplikasi MyShop Dashboard.  Untuk keterangan lanjut mengenai Ayam Perap Cik Nis Kitchen boleh la ke lawan web Facebook beliau : https://www.facebook.com/hanisah.mustapa

18619935 1262844997147680 5030163229808134665 n 18740719 1266362953462551 2252199060712131033 n