Bilut Nangka Madu 88 telah diusahakan oleh Puan Nur Saidatul Laila. Beliau menjual nangka madu dan pelbagai buah-buahan lain seperti durian, rambutan, nenas dan pelbagai makanan lain bergantung kepada musim dan tempahan pelanggan. Perniagaan ini telah beroperasi sejak 4 tahun yang lalu. 

Suganome Homemade telah diusahakan oleh Cik Najwa. beliau menjual pelbagai jenis kek & kuih raya yang di buat sendiri oleh beliau. Cik Najwa telah memulakan perniagaan online secara kecil-kecilan di dalam Felda Lurah Bilut. Perniagaan ini telah beroperasi pada tahun 2014.

Sambal Hitam Maklang diusahakan oleh Encik Md Hassan dan isterinya. Beliau perusahaan industri kecil sederhana Felda Lurah Bilut. Selain dari produk sambal hitam beliau juga mempunyai pelbagai produk makanan yg lain. Secara awalnya produk Sambal Hitam  Maklang diusahakan secara kecil-kecilan di rumah dan membuat jika mempunyai tempahan dari setempat shj.  Dengan keunikan dan kesedapan sambal hitam maklang ini, ia mendapat sambutan yang hebat dari luar bandar dan bandar. Sambutan yang baik, Encik Md Hassan mengambil keputusan untuk komersialkan produk sambal ini ke dalam laman sosial facebook dan instagram. 

sambalhitammaklang1 sambalhitammaklang2 sambalhitammaklang3