Pusat Ekonomi Digital Felda Lurah Bilut telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada 7 Januari 2013. Ramai yang telah mendaftarkan diri bagi mendapat perkhidmatan yang kami sediakan. Jumlah keahlian Pusat Ekonomi Digital Felda Lurah Bilut sehingga kini (JANUARI 2023) adalah seramai 899 orang. Antara ahli yang mendaftar di sini adalah penduduk setempat ini sendiri dari pelbagai kategori usia.
Pusat Ekonomi Digital Felda Lurah Bilut telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada 7 Januari 2013. Ramai yang telah mendaftarkan diri bagi mendapat perkhidmatan yang kami sediakan. Jumlah keahlian Pusat Ekonomi Digital Felda Lurah Bilut sehingga kini (DISEMBER 2022) adalah seramai 898 orang. Antara ahli yang mendaftar di sini adalah penduduk setempat ini sendiri dari pelbagai kategori usia.
PEDi FELDA LURAH BILUT
Selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melayari portal kami. Felda Lurah Bilut merupakan sebuah tanah rancangan Felda yang terletak di dalam kawasan Mukim Bilut, daerah Bentong, Pahang. Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat(PPS). Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Telekom Malaysia (TM) Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd telah mewujudkan PEDi Felda Lurah Bilut untuk memberi kemudahan serta peluang dalam kalangan penduduk di sekitar Felda Lurah Bilut khususnya, dan sekitar Daerah Bentong amnya untuk mempelajari serta meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.
Kewujudan PEDi Felda Lurah Bilut juga diharap dapat menjadi rantaian teknologi maklumat bagi masyarakat Felda Lurah Bilut dalam merangkaikan rangkaian internet sedia ada seperti di sekolah-sekolah, pusat kesihatan, kerajaan elektronik serta badan bukan kerajaan. PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK), Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M), Pusat Internet Komuniti (PIK) dan sekarang Pusat Ekonomi Digital (PEDI) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
OBJEKTIF PUSAT EKONOMI DIGITAL
* Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
* Meningkatkan taraf ekonomi dan social masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti dijalankan di PEDi.
* Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
*Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
VISI
*Menjadikan PEDi sebagai "ONE STOP DIGITAL CENTER" yang dapat dilestarikan ke arah membina kewibawaan sosio-ekonomi setempat.
MISI
Mencapai Visi PEDi dengan menjadi AGEN TRANSFORMASI melalui :
*Program latihan dan pembangunan terancang untuk membina keupayaan, kemahiran, ilmu dan kebolehan petugas dan komuniti.
*Penggunaan teknologi bersesuaian yang dapat menggunakan aplikasi terkini yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti.
*Penambahbaikan proses kerja secara berterusan supaya sistem pengurusan akan lebih mantap.
PERKHIMATAN YANG DISEDIAKAN
PI telah menawarkan latihan ICT secara PERCUMA kepada semua ahli PI. Antara jenis latihan yang disediakan adalah :-
* Pengenalan asas komputer
* Asas internet
* Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran dan e-dagang)
PUSAT INTERNET JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN :
* Desktop publishing seperti Microsoft Office
* Mendapatkan maklumat am (Search Internet)
* Mengiklankan produk jualan dan perkhidmatan secara atas talian (My Shop)
* Menggunakan sistem penyampaian kerajaan untuk membuat aduan atau cadangan (My Soal)
*Mencetak / print *Fotostat *Upah Menaip *Laminate & Binding *Scanning
WAKTU OPERASI
ISNIN - AHAD : 9:00 PAGI HINGGA 6:00 PETANG
REHAT : 1:00 PTG HINGGA 2:00 PTG
PENGURUS
Nama : NURUL AINI BINTI ZAHID
Mula Berkhidmat : 19 JUN 2022
PEN. PENGURUS
Nama : NURUL FAZIRA BINTI AMINUDIN
Mula Berkhidmat : 2 SEPTEMBER 2022
FACEBOOK : PI Felda Lurah Bilut
FACEBOOOK PAGE : PEDi FELDA LURAH BILUT
https://www.facebook.com/PI-FELDA-LURAH-BILUT-1626796734268793/
WHATSAPP NO : 011-33256809 (WAKTU BEKERJA SHJ 9.00 PAGI-6.00 PETANG)
ALAMAT : PUSAT INTERNET FELDA LURAH BILUT,
SEBELAH SURAU KG BARU, 28800 BENTONG
PAHANG DARUL MAKMUR
Pinjaman Netbook Pusat Ekonomi Digital Felda Lurah Bilut !!
Khas kepada adik-adik yang sedang PdPR.. Yang berkelayakan boleh terus ke PEDi Felda Lurah Bilut untuk dapatkan borang.