USAHAWAN KRAF TANGAN 

Nama : Nur Adilah Binti Ahmad Asim
Umur : 29 Tahun
Ahli PI : 2018

 

Latar Belakang

Mula perniagaan pada 2020 secara kecil kecilan. Beliau bermula menjalankan perniagaan mereka kraftangan unik dengan menerima tempahan mencipta corak di cashing telefon bimbit, keychain yang dipanggil resin dan menjadi agen henna (inai celup tangan). 

Sebelum ini beliau hanya ke pusat internet untuk menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan sahaja. Sehingga la petugas mengetahui mengenai perniagaan beliau dan telah menawarkan kepada beliau untuk memberi tunjuk ajar bagi menambah baik kan lagi promosi perniagaan beliau. Selepas mendapat sambutan terhadap perniagaan, beliau mula memasarkan perniagaan beliau melalui platform-platform media yang ada termasuklah yang terbaru iaitu tiktok.

 

Sebelum Penglibatan PIK

Pada peringkat awal, beliau hanya menggunakan perkhidmatan melayari internet dan cetakan di pusat internet sahaja.

 

Selepas Penglibatan PIK

Pihak PIK telah mengetahui mengenai perniagaan beliau dan membantu beliau mencadangkan untuk lebih mempromosikan perniagaan beliau ke medium yang lebih baik. Beliau telah didedah dan diajar untuk membuat perniagaan atas talian selain daripada facebook, instagram dan whatsapp.  Beliau turut menyertai program-program yang telah dijalankan oleh pihak PIK.

 

 

Nama : Emmyritta bt Mohamad Johari
Umur : 19 Tahun
Ahli PI : 2014

 

Latar Belakang

Emmyritta bt Mohamad Johari merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sulaiman, Bentong.  Emmyrita salah seorang pengunjung Pusat Internet Komuniti (PIK) Felda Lurah Bilut yang aktif.

Sebelum Penglibatan PIK

Emmyrita sering berkunjung ke PIK atas urusan kerja sekolah. Oleh itu, kami petugas PIK mengajak Emmyritta untuk mengikuti kelas latihan yang disediakan bagi memudahkan dia untuk menggunakan perkhidmatan disini.

Selepas Penglibatan PIK

Selepas penglibatan beliau kepada PIK, sering berkunjug ke PIK untuk pelbagai urusan. Antaranya menggunakan internet dan sering mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh PIK.  Beliau telah menjadi ahli pada  9 januari 2014.

Pebagai kemudahan telah disediakan oleh Emmyritta untuk meningkatkan ilmu pengetahuan ict.  Sering berkunjung ke PIK untuk menyiapkan kerja kursusnya, mengikuti kelas-kelas online dan rajin mengikuti program yang PIK anjurkan. 

USAHAWAN COOKIES

Nama

: Muhammad Iffan Daniel bin Hamzah

umur
: 18 Tahun
Ahli : 2014

 

Latar Belakang

Muhammad Iffan Daniel telah memulakan perniagaan popia pelbagai perisa apabila produk makanan ini mendapat sambutan daripada penduduk Lurah Bilut. Beliau telah membuat pek percubaan. Kemudian sambutan terhadap produk makanan ini menggalakkan dan beliau telah membuat pek sederhana dengan jualan sebalang RM10.00

Selain COD, beliau juga turut mempromosikan produk ini melalui aplikasi Shopee.

 

Sebelum Penglibatan PIK

Pada peringkat awal, Muhammad Iffan merupakan salah seorang pelajar celik ICT di pusat internet. Beliau sering datang ke pusat internet untuk menggunakan perkhidmatan disini untuk menyiapkan kerja-kerja sekolahnya. Oleh itu, beliau sudah mempunyai asas internet. Dengan asas ict yang ada tidak menyukarkan beliau untuk mencari idea dalam perniagaan.

 

Selepas Penglibatan PIK

Setelah menghadiri kelas ushawan yang telah disediakan oleh PIK, Iffan kini semakin mahir dalam menguruskan perniagaan kecilnya. Antaranya cara membuat marketing di dalam facebook dan whatsapps. Beliau kini menjadikan PIK salah satu rujukan untuk memajukan perniagaannya.

Setelah perniagaan ayam goreng beliau mendapat sambutan, kini beliau telah mengembangkan perniagaan lagi dengan mencipta produk makanan baru iaitu popia pelbagai perisa.

iffan 1 poster

USAHAWAN KEREPEK PISANG & KEREPEK UBI RANGUP

Nama : Muhamad Sahasrizan bin Samat
Umur : 33 Tahun
Ahli PI : 2020

 

Latar Belakang

Mula perniagaan pada 2018. Beliau bermula menjalankan perniagaan sambal hitam dan kini mengembangkan perniagaan dengan berniaga kerepek pisang dan kerepek ubi.  Sebelum ini beliau hanya ke pusat internet untuk menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan sahaja. Sehingga la petugas mengetahui mengenai perniagaan beliau dan telah menawarkan kepada beliau untuk memberi tunjuk ajar bagi menambah baik kan lagi promosi perniagaan beliau. Selepas mendapat sambutan terhadap perniagaan sambal hitam, beliau telah menambah produk perniagaan iaitu kerepek pisang dan kerepek ubi.

 

Sebelum Penglibatan PI

Pada peringkat awal, Sahas hanya menggunakan perkhidmatan melayari internet dan cetakan di pusat internet sahaja.

 

Selepas Penglibatan PI

Pihak PIK telah mengetahui mengenai perniagaan Sahas dan membantu beliau mencadangkan untuk lebih mempromosikan perniagaan beliau ke medium yang lebih baik. Beliau telah didedah dan diajar untuk membuat perniagaan atas talian selain daripada facebook, instagram dan whatsapp iaitu ke dalam Shopee. Beliau merasa teruja kerana dapat memasarkan produk ke dalam platform perniagaan tersebut kerana sebelum ini hanya menggunakan perkhidmatan C.O.D sahaja.

Nama : Nur Adila binti Ahmad Asim
Umur : 29 Tahun
Ahli PI : 2018

 

Latar Belakang

Nur Adila binti Ahmad Asim adalah seorang pelajar lepasan ijazah di Yarmouk University, Irbid Jordan.  Nur Adila merupakan cucu peneroka Felda Lurah Bilut, tinggal bersama ibu saudaranya.  Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Komuniti (PIK) atas urusan kerjanya. 

 

Sebelum Penglibatan PIK

Nur Adila mempunyai pengetahuan asas dan pengunaan ICT yang mahir.  Sebelum mengetahui kewujudan PIK ini, beliau jarang berkunjung dan datang jika ada urusa seperti mencetak dan fotostat sahaja.

 

Selepas Penglibatan PIK

Selepas penglibatan beliau kepada PIK, sering berkunjung ke PIK untul pelbagai urusan.  Antaranya menggunakan internet dan sering mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh PIK. Beliau telah menjadi ahli pada 4 Ogos 2018.

Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh Adilah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan ICT.  Sering berkunjung ke pusat internet untuk mencari kerja, mengikuti kelas-kelas online, menjawan peperiksaan online dan sebagainya.   Terbaru beliau sedang membuat kajian untuk menceburi peniagaan secara online.