USAHAWAN KEREPEK PISANG & KEREPEK UBI RANGUP

Nama : Muhamad Sahasrizan bin Samat
Umur : 33 Tahun
Ahli PI : 2020

 

Latar Belakang

Mula perniagaan pada 2018. Beliau bermula menjalankan perniagaan sambal hitam dan kini mengembangkan perniagaan dengan berniaga kerepek pisang dan kerepek ubi.  Sebelum ini beliau hanya ke pusat internet untuk menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan sahaja. Sehingga la petugas mengetahui mengenai perniagaan beliau dan telah menawarkan kepada beliau untuk memberi tunjuk ajar bagi menambah baik kan lagi promosi perniagaan beliau. Selepas mendapat sambutan terhadap perniagaan sambal hitam, beliau telah menambah produk perniagaan iaitu kerepek pisang dan kerepek ubi.

 

Sebelum Penglibatan PI

Pada peringkat awal, Sahas hanya menggunakan perkhidmatan melayari internet dan cetakan di pusat internet sahaja.

 

Selepas Penglibatan PI

Pihak PIK telah mengetahui mengenai perniagaan Sahas dan membantu beliau mencadangkan untuk lebih mempromosikan perniagaan beliau ke medium yang lebih baik. Beliau telah didedah dan diajar untuk membuat perniagaan atas talian selain daripada facebook, instagram dan whatsapp iaitu ke dalam Shopee. Beliau merasa teruja kerana dapat memasarkan produk ke dalam platform perniagaan tersebut kerana sebelum ini hanya menggunakan perkhidmatan C.O.D sahaja.