Felda 1

FELDA 2.0 merupakan satu program lonjakan bagi tanah rancangan FELDA selepas kejayaan program reformasi pembangunan tanah luar bandar.  Ia bertujuan untuk mewujudkan sebuah komuniti yang berdaya saing serta kompetitif dalam menghadapi cabarab-cabaran semasa.

SEJARAH BILUT

Malaysia kini brada di ambang transformasi IT ketiga iaitu Ekonomi Digital selepas kadar pengunaan teknologi baharu sejak sedekad yang lalu telah melonjak produktiviti.  Kini negara mempunyai lebih tiga kali ganda peluang ekonomi melalui ekonomi digital berbanding apa yang telah dilihat sejak 20 tahun yang lalu.

Tiga langkah utama bagi menjaya transformasi digital adalah Celik Digital, Cekap Digital dan Transformasi Digital. Celik Digital memerlukan rakyat untuk mempelajari, ,mengguna dan membudayakan teknologi digital dalam kehidupan seharian.  Untuk Cekap digital, rakyat perlu sentiasa mengikuti perkembangan terhadap pengguna digital dari semasa ke semasa.  Transformasi digital memerlukan pengguna menjadikan teknologi digital sebagai kaedah rujukan untuk menjadi lebih kreatif dan inovasi dan sentiasa peka dengan perkembangan semasa.

Sejarah Bilut asalnya adalah sebuah lembah di Banjaran Titiwangsa bersempadankan Sg Bilut dan Hutan Simpan Klau. Bilut adalah sejenis ikan darat dan saintifiknya Krytopterus Cryptopterus. Felda telah memilih Lurah Bilut di Pahang sebagai rancangan pertama untuk dimajukan. Pada 16 Ogos 1957, Felda telah mengemukan cadangan pembangunan di Lurah Bilut secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Pahang meluluskan cadangan tersebut. Pada 1 April 1958 bermula lah pembangunan Lurah Bilut yang melibatkan kawasan seluas 12,920 ekar. 

Kampung (F) Lurah Bilut ialah sebuah kampung tersusun, yang asalnya dibawah Pentadbiran Felda pada ketika itu. Penghijrahan masuk penduduk adalah meliputi seluruh negeri di semenanjung Malaysia iaitu pada 1959 dan ianya merupakan penempatan FELDA  yang pertama di Malaysia, yang telah di ilhamkan oleh Tun Abdul Razak bin Hussein, Bapa Pembangunan Malaysia.

Penghijrahan masuk ke kampung adalah secara berperingkat-peringkat dengan bilangan peserta seramai 616 orang. Terdiri dari berbagai kaum. Melayu (400 Orang), Cina (169 Orang) & India (47 Orang). Pada peringkat awal penempatan, semua kerja-kerja pembinaan rumah dan penanaman getah diusahakan secara gotong-royong. 

                                                                      KRONOLOGI PEMBUKAAN FELDA LURAH BILUT

    

 

Keratan Akhbar Kosmo 20 Julai 2017

FB IMG 1500692824118FB IMG 1500692826738FB IMG 1500692830279