FELDA 2.0 merupakan satu program lonjakan bagi tanah rancangan FELDA selepas kejayaan program reformasi pembangunan tanah luar bandar. Ia bertujuan untuk mewujudkan sebuah komuniti yang berdaya saing serta kompetitif dalam menghadapi cabarab-cabaran semasa.
SEJARAH BILUT
Malaysia kini brada di ambang transformasi IT ketiga iaitu Ekonomi Digital selepas kadar pengunaan teknologi baharu sejak sedekad yang lalu telah melonjak produktiviti. Kini negara mempunyai lebih tiga kali ganda peluang ekonomi melalui ekonomi digital berbanding apa yang telah dilihat sejak 20 tahun yang lalu.
Tiga langkah utama bagi menjaya transformasi digital adalah Celik Digital, Cekap Digital dan Transformasi Digital. Celik Digital memerlukan rakyat untuk mempelajari, ,mengguna dan membudayakan teknologi digital dalam kehidupan seharian. Untuk Cekap digital, rakyat perlu sentiasa mengikuti perkembangan terhadap pengguna digital dari semasa ke semasa. Transformasi digital memerlukan pengguna menjadikan teknologi digital sebagai kaedah rujukan untuk menjadi lebih kreatif dan inovasi dan sentiasa peka dengan perkembangan semasa.