Penambahbaikan tempat rekreasi di sekitar kawasan Felda Lurah Bilut. Antaranya, Laman Tun Abd Razak, Sungai Kertau, Pavilion Bilut, Taman Selesa dan Lantai Tinjau. Jadi, marilah datang ke Felda Lurah Bilut menikmati permandangan baru yang cantik lagi menarik!!!

 

WhatsApp Image 2023 03 08 at 5.38.31 PM 

WhatsApp Image 2023 03 08 at 5.38.32 PM 1

 

WhatsApp Image 2023 03 08 at 5.38.32 PM 2 

WhatsApp Image 2023 03 08 at 5.38.32 PM 

WhatsApp Image 2023 03 08 at 5.38.33 PM     

Pavilion bilut terletak di kawasan susur pintu masuk, jalan utama Felda Lurah bilut. Ianya menjanjikan kawasan riadah dan tempat OOTD (Outfit Of The Day) yang cantik dan tenang. Kawasan pavilion bilut tersebut terdapat anak sungai yang jernih sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan perkelahan. Pada waktu malam juga cantik untuk bergambar.

 

 324734765 6087817944582718 5919767506569365819 n 324742166 552493860138369 6013322363877558481 n 324744095 5912928325436606 3568421044455548889 n 324855915 720023066228125 6208841612338063942 n 324876666 1932387027113181 8671820158268671972 n 325890285 1384343412374740 7213260404843574578 n 325908146 869125254407313 8310402582300973178 n 325941086 703758661380092 8440880334977367089 n WhatsApp Image 2023 01 28 at 9.50.40 AM

Bilut Hills adalah resort yang sesuai untuk percutian pendek dan terletak di tengah-tengah daerah Bentong dan Raub, Pahang.  Mempunyai enam jenis reka bentuk untuk dipilih, dengan kombinasi bilik antara dua hingga 6 orang pax. Di Bilut Hill anda boleh menikmati pemandangan semulajadi dari padang rumput yang kehijauan sambil menikmati aroma raja buah iaitu buah durian.  Disini juga anda boleh melihat pemandangan yang menakjubkan dari matahari terbit langit yang di penuhi bintang-bintang yang indah.  Keistimewaan disini juga adalah sangat sesuai untuk mencari ketenangan dan kedamaian dari kesibukan bekerja kerana ia jauh dari kota raya dan jalan raya. 

Sebarang info atau tempahan anda boleh call / layari laman : 

Facebook : https://www.facebook.com/biluthillsresort/

Web : http://biluthills.com/

Contact number : 011-1059 8083

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

The Bentong Farm tempat yang wajib anda singgah. Kenapa admin cakap macamtu?? 

Anda boleh tengok sendiri kemeriahan tempat ini dengan haiwan-haiwan yang jinat dan tempat yang luas. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini.  Jika anda sampai ke Bukit Tinggi atau Genting Highland anda boleh singgah terus di sini. The Bentong Farm berkonsep kan zoo atau dipanggil petting zoo.  Sesuai untuk membawa kanak-kanak dan seisi keluarga. Dibuka setiap hari kecuali selasa (tidak termasuk public holiday).

 

Sebarang pertanyaan anda boleh terus ke link yang diberikan. 

Facebook Pagehttps://www.facebook.com/thebentongfarm

Contac Number : 016-688 3016

Address : Lot 5239-6241, Kampung Orang Asli Lebak,Batu, 3, Jalan Chamang, 28700, Bentong, Pahang

Sumber dari Facebook page The Bentong Farm

Bagi pengunjung yang mahu bercuti dan merasai suasana sebenar di ladang, D'Bilut Agro Farm, Lurah Bilut, Bentong adalah destinasi yang seharusnya diletakkan dalam senarai percutian anda.  Terletak kira-kira satu jam dari Tol Gombak, udara segar di tambahkan dengan persekitaran mesra keluarga dan pemandangan menghijau, pasti membangkitkan suasana percutian yang menenangkan pengunjung. Bukan sahaja suasana pemandangan indah boleh didapati di D'Bilut Agro Farm, malah pelbagai aktiviti menarik turut disediakan kepada pengunjung bagi merasai konsep sebenar kehidupan ladang di atas tanah berkeluasan 7.5 ekar itu. 

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan adalah memberi makan kepada kira-kira 120 ekor rusa di ladang rusa, merasai keenakan madu kelulut, melawat taman-taman haiwan seperti arnab, burung, kucing, aktiviti memanah dan jugak wayang pacak. Pelbagai lagi aktiviti menarik boleh dilakukan.  Untuk sebarang pertanyaan atau menempah anda boleh layari mereka disini :-

Facebook page: https://www.facebook.com/DBilutAgroFarm

Web site : https://dbilut.com.my/ 

Tempat : Lot 6773, Lurah Bilut, 28800 Bentong, Malaysia

Sumber dari Facebook D'Bilut Agro Farm