Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah menubuhkan Pusat Koncervasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah pada 1989. Pusat ini merupakan markas bagi pasukan pemindahan Gajah, yang memulakan program pemindahan gajah pada 1974. Sebagai satu-satunya program seumpamanya di Malaysia, pasukan ini bertanggungjawab menempatkan, menjinakkan dan memindakan gajah-gajah dari habitat asal mereka yang sering dicerobohi oleh aktiviti-aktiviti perladangan, ke habitat-habitat lain yang lebih sesuai di seluruh semenanjung Malaysia, termasuk Taman Negara.

Lokasi Dari Kuala Lumpur gunakan Lebuhraya Karak/Lebuh Raya Pantai Timur sehingga keluar di Plaza Tol Lanchang. Selepas tol Lanchang, belok kanan di simpang dan ikuti papan tanda di sepanjang perjalanan melalui Kg. Bolok serta perkampungan Orang Asli. Pada hujung jalan tersebut anda akan tiba di pintu masuk Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Perjalanan ini mengambil masa selama 2 jam dengan perjalanan sejauh lebih kurang 120km dari Kuala Lumpur. 

kg165

Bilut Valley Bee Farm mengeluarkan madu kelulut yang ternyata asli dan segar dari ladang yang organik.  Ia terletak di Felda Lurah Bilut, Pahang hanya 1 Jam lebih dari Kuala Lumpur. 

Bee Farm ini dikelilingi oleh pokok-pokok buah-buahan seperti durian, mangga, manggis, rambutan, longgan, belimbing dan pisang.  Kesemuanya merupakan kesukaan kelulut.  Bilut Valley Bee Farm  terletak di atas bukit dan dari sana akan kelihatan di sekelilingnya alunan bukit-bukau dan suasananya begitu indah di waktu pagi. Untuk keterangan lebih lanjut anda boleh layari Facebook Bilut Valley Bee Farm.

bilut valley farm

*Sumber dari facebook Bilut Valley Bee Farm

Felda Lurah Bilut mempunyai satu pusat 'Coworking Space' yang dulunya merupakan sebuah pejabat rancangan iaitu pejabat Felda.  Tapi kini ia menjadi tempat bekerja bagi sesiapa sahaja yang sekadar nak datang chill-chill, rehat, cari ketenangan bekerja untuk tempoh seketika. Tempat & ruang yang sangat selesa.

Ruang kerja bersama coworking space yang dibina di Lembah Digital Bilut ini merupakan yang pertama di FELDA.  ianya akan menjadi pusat pekerjaan kepada anak muda dan juga yang dipanggil sebagai Digital Nomad.  Ruang kerja bersama ini boleh digunakan oleh para start-up, atau para pengusaha online serta penjual dan peniaga yang aktif menjalankan secara dalam talian.  Sesiapa yang datang ke Felda Lurah Bilut @ Lembah Digital Bilut datang lah pusat Coworking Space ini.

 

co working space

 

 

Casabrina Villa, Pahang hanya satu jam dari Bandar Kuala Lumpur.  Ia merupakan tempat dimana kemewahan dan keindahan alam semula jadi  Gabungan hutan lipur dan keselesaan hotel 6 bintang menjadi resort ini ideal untuk pencita alam yang mengutamakan keselesaan. 

Anda juga boleh berehat di infinity pool mereka sambil menikmati pemandangan hutan lipur yang menakjubkan.  Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuk golg, jungle tracking dan safari.   Beralamat Jalan Tras, Mukim Tras 27600 Raub, Pahang. Untuk keterangan lebih lanjut anda boleh layari Facebook Casabrina Villa's atau laman web Casabrina.Net. 

CASABRINA VILLA

*sumber dari web Casabrina.Net

Lurah bilut merupakan sebuah tanah rancangan felda yang terletak di Bentong, Pahang. Dibuka pada tahun 1959 ia merupakan felda yang pertama di negara ini. Di Lurah Bilut juga terdapat 2 alur sunga iaitu Sungai Bilut dan Sungai Kertau yang merupakan sumber terpenting dalam ekosistem di kawasan ini. Sungai yang bersih menjamin kesihatan yang berkualiti.

29025783 2057674007812309 440326152597950656 n