Bilut Valley Bee Farm mengeluarkan madu kelulut yang ternyata asli dan segar dari ladang yang organik.  Ia terletak di Felda Lurah Bilut, Pahang hanya 1 Jam lebih dari Kuala Lumpur. 

Bee Farm ini dikelilingi oleh pokok-pokok buah-buahan seperti durian, mangga, manggis, rambutan, longgan, belimbing dan pisang.  Kesemuanya merupakan kesukaan kelulut.  Bilut Valley Bee Farm  terletak di atas bukit dan dari sana akan kelihatan di sekelilingnya alunan bukit-bukau dan suasananya begitu indah di waktu pagi. Untuk keterangan lebih lanjut anda boleh layari Facebook Bilut Valley Bee Farm.

bilut valley farm

*Sumber dari facebook Bilut Valley Bee Farm