Tajuk lukisan mural ini adalah pengerak.  Ia mempunyai unsur tenaga dan lukisan ini telah menggunakan warna-warna yang lebih "pop" dan segar.  Dalam lukisan ini terdapat dua elemen dalam lukisan di sebelah kiri elemen jentera dan di sebelah kanan elemen manusia.  Ia mewakili wira-wira peneroka yang bekerja keras dalam memastikan kejayaan Felda.  Manakala latar belakang pula mewakili gunung ganang dan lembah bilut yang suasananya sentiasa berkabus.  Berkenaan dengan warna yang digunakan pula, warna jingga mewakili Felda, sawit dan tanah manakala hijau mewakili nafas tanaman sawit dan hutan.

Mural ini asalnya adalah sebuah kilang baja dan telah di gantikan Mural sempena pelancaran Felda 2.0 yang telah dirasmikan oleh pernda menteri Malaysia.  Mural ini menjadi salah satu tempat pengunjung akan berkunjung untuk mengambil gambar dijadikan kenangan.

26805519 1720989621273275 2025713679575391977 n