Nama : Nurul Hidayah
Umur : 14 Tahun
Ahli PI : 2020

 

Latar Belakang

Nurul Hidayah ialah seorang pelajar muslim yang berbangsa Orang Asli yang tinggal di Felda Lurah Bilut.  Berumur 14 Tahun dan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Lurah bilut.

 Sebelum Penglibatan PI

Sebelum penglibatan, Nurul Hidayah tidak mahir dalam menggunakan peralatan komputer dan penggunaan IT.  Sering hadir ke Pusat Internet Komuniti  untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh sekolah dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan seperti fotostat, mencetak hitam putih dan warna serta binding dan sebagainya. 

 Selepas Penglibatan PI

Satu hari, petugas mengajak Nurul Hidayah untuk hadir ke kelas latihan asas yang diberikan.  Adalah ini untuk membantunya dan memudahkannya.  Memandangkan sering berkunjung ke Pusat Internet Komuniti  untuk menyiapkan tugasannya.  Selepas penglibatan adik ini, Nurul Hidayah  makin cekap menggunakannya. Kepandaiannya memudahkannya untuk mencari bahan-bahan tugasan yang diperlukan tanpa bantuan petugas lagi.