USAHAWAN BAKERY

Nama : Rohaizatul Akma binti Razali
Umur : 31 tahun
Ahli

: 2018

 

Latar Belakang

Puan Rohaizatul merupakan menantu peneroka Felda Lurah Bilut. Beliau telah memulakan perniagaan kek dan biskut selepas melihat potensi jualan di sekitar Felda Lurah Bilut. Perniagaan ini telah beroperasi pada tahun 2017. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di mana hanya kawan-kawan dan sedara mara sahaja yang tahu. Beliau juga menjalankan perniagaan di pasar malam Felda Lurah Bilut setiap hari jumaat.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Pada peringkat awal, Puan Rohaizatul hanya mengetahui perkhidmatan di PI melalui kawan-kawan di sekitar Felda Lurah Bilut sahaja.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Pihak PI telah mengetahui mengenai perniagaan kecil-kecilan Pn Rohaizatul dan telah menjemput beliau untuk menyertai pameran jualan pada Hari Bersama Komuniti 2018 PI Felda Lurah Bilut. Beliau telah menyambut baik jemputan tersebut dan pada hari tersebut semua kek yang dibawa habis dijual.

KISAH KEJAYAAN 18194948 1136908146455156 8774808571666044881 n

USAHAWAN BAWAL MANIK 

Nama : Wan Noor Hazwanie binti Wan Husin
Umur : 29 tahun
Ahli

: 2018

 

Latar Belakang

Puan Hazwani merupakan isteri kepada staf kakitangan Felda. Beliau telah memulakan perniagaan jualan tudung dan baju pasang selepas melihat potensi jualan di sekitar Felda Lurah Bilut. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di mana hanya kawan-kawan berhampiran sahaja yang tahu.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Pada peringkat awal, Puan Hazwani hanya mengetahui cara membuat membuat emel dan facebook. Beliau mengetahui bahawa banyak manfaat jika datang ke PI, maka beliau berminat untuk datang ke PI.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI 

Pihak PI telah mengetahui mengenai perniagaan online Pn Hazwani dan telah menjemput beliau untuk menyertai pameran jualan pada Hari Bersama Komuniti 2018 PI Felda Lurah Bilut. Beliau telah menyambut baik jemputan tersebut dan pada hari tersebut jualan tudung dan baju pasang beliau agak memberansangkan.

 KISAH KEJAYAAN tudung

USAHAWAN BAKERY 

Nama : Nurul Najwa binti Ahmad
Umur : 30 tahun
Ahli

: 2016

 

Latar belakang 

Cik Najwa merupakan usahawan online sepenuh masa dalam bidang bakery. Beliau menjual pelbagai jenis kek, kuih raya,  dan sebagainya yang dibuat sendiri oleh beliau. Nama perniagaan online beliau ialah “Sugar Nome Homemade”.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Cik Najwa telah memulakan perniagaan online secara kecil-kecilan di dalam Felda Lurah Bilut. Perniagaan ini telah beroperasi pada tahun 2014. Pada mulanya hanya komuniti sekitar sahaja yang mengetahui mengenai perniagaan beliau dan tempahan dibuat melalui telefon atau pelanggan datang sendiri ke rumah beliau bagi mengetahui stok masih ada atau tidak. Namun setelah mendapat permintaan ramai beliau telah mengembangkan perniagaan secara berperingkat dan kini beliau memiliki tagging nama produk sendiri.  Pada peringkat awal, Cik Najwa agak kurang dalam kemahiran menggunakan komputer. Oleh itu, beliau banyak meluangkan masa di pusat internet untuk mempelajari asas-asas komputer dan mempelajari cara untuk memasarkan produk beliau.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah menghadiri kelas keusahawanan yang disediakan oleh pusat internet  beliau kini telah memiliki facebook, whatsapps dan instagram sendiri yang dapat mempromosikan hasil perniagaan online beliau. Ini membolehkan pelanggan daripada luar dapat membuat tempahan dengan beliau berdasarkan nombor telefon yang disertakan di situ. Kini tempahan daripada pelanggan semakin bertambah dan pendapatan beliau juga turut meningkat. Selain itu, produk beliau juga telah didaftarkan didalam aplikasi MyShop. Klik Disini

BELAJAR CARA MEMBUAT MICROSOFT OFFICE POWER POINT

Nama : Shamsudin bin Jamaluddin
Umur : 61 Tahun
Ahli : 2013

 

Latar Belakang

Encik Shamsudin bin Jamaluddin merupakan imam surau Kg. Baru Felda Lurah Bilut. Beliau salah seorang pengunjung Pusat Internet 1Malaysia Felda Lurah Bilut.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini beliau tidak pernah berkunjung ke Pusat Internet  kerana menganggap PI hanya untuk budak-budak menggunakan komputer sahaja. Pada suatu hari beliau ditugaskan untuk memberi ceramah kepada ahli surau dan beliau ditugaskan untuk menyediakan bahan sebelum hari ceramah.  Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk meminta bantuan dari petugas PI untuk mengajar beliau menyediakan bahan tersebut salah satunya adalah slide ceramah dan petugas P1 mengajak beliau untuk mengikuti kelas usahawan yang kami jalankan setiap bulan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas ICT yang diberikan kini Encik Shamsudin semakin mahir dari hari ke hari.  Sebelum ini beliau sangat lemah dalam penggunaan komputer dan ICT. Malahan sekarang Encik Shamsudin sering menggunakan perkhidmatan pinjaman Netbook kepada PI1M bagi memudahkan beliau membuat kerja di rumah.

{gallery}celik_ict{/gallery}

BELAJAR INTERNER, MICROSOFT WORD & EMAIL 

Nama : Nora Adila a/p Tahut
Umur : 16 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar Belakang

Nora Adila a/p Tahut merupakan pelajar sekolah Menengah Keb. Felda Lurah Bilut. Nora Adila salah seorang pengunjung Pusat Internet Felda Lurah Bilut yang berbangsa Orang Asli (OA) yang menetap di Felda Lurah Bilut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nora Adila sering berkunjung ke Pusat Internet Felda Lurah Bilut atas urusan kerja sekolahnya. Selain jika kelapangan pada waktu cuti sekolah dia sering berkunjung kesini untuk menggunakan internet disini. Oleh itu, kami petugas pusat internet mengajak Nora Adila untuk mengikuti kelas latihan yang disediakan bagi memudahkan dia untuk menggunakan perkhidmatan disini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas ICT yang diberikan kini Nora Adila semakin mahir dari hari ke hari.  Sebelum ini urusan berkaitan kerja sekolahnya di bantu oleh petugas PI1M, setelah mengikuti kelas latihan, dia tidak lagi perlukan bantuan petugas pi1m malahan cekap membuat sendiri.

Kini Nora Adila pandai menggunakan komputer & peralatan. Dia juga mahir dalam penggunaan internet.  Sebarang maklumat berkaitan kerja sekolahnya, dia mencari sendiri dengan sebaiknya sambil dipantau oleh petugas PI1M.  Dia lebih seronok & selesa apabila berkunjung ke Pusat Internet.