USAHAWAN KUIH SEJUK BEKU

Nama

: Siti Rosidah binti Arli 
Umur : 35 Tahun
Ahli : 2014

 

Latar Belakang

Puan Rosidah merupakan usahawan menjual kuih muih. Beliau aktif menggunakan aplikasi whatsapp berbanding facebook untuk menjual. Terkini beliau mengadakan perancangan jualan sejuk beku. Mahu meningkatkan pengeluaran kuih-muih dengan cara pembekalan kuih-muih sejuk beku. Kuih utama adalah karipap sardin, karipap kentang samosa dan bijan

Sebelum Penglibatan PI

Pada peringkat awal, Puan Rosidah hanya mengetahui cara membuat emel dan penggunaan whatsapp. Beliau mengetahui bahawa banyak manfaat jika datang ke PI, maka beliau berminat untuk datang ke PI.

Selepas Penglibatan PI

Pihak PI telah mengetahui mengenai perniagaan Puan Rosidah. Beliau turut memasukkan produk beliau dalam aplikasi MyShop. Setelah memasarkan produk melalui aplikasi whatsapp, beliau mula mengetahui bahawa potensi agak tinggi untuk mengembangkan perniagaan beliau menerusi kemudahan yang ada di PI dan melalui pelanggan-pelanggan di PI yang sedia ada.  Puan Rosidah berminat untuk memberi kerjasama kepada pihak PI dalam memperkembangkan lagi perniagaan beliau. Selain itu, beliau berharap agar satu hari nanti perniagaan beliau akan lebih dikenali dan lebih maju dengan adanya kemudahan-kemudahan yang terdapat di PI Felda Lurah Bilut.

           

Nama :  Azrin binti Non
Umur : 36 Tahun
Ahli PI : 2016

 

Latar Belakang

Puan Azrina binti Non merupakan salah seorang pemilik kedai makan Debab Berapi di Felda Lurah Bilut.  Diusahakan bersama-sama suaminya.  Puan Azrina sering datang ke Pusat Internet (PI) untuk menggunakan perkhidmatan disini.  Antaranya ialah internet, fotostat, printing dan sebagainya. 

 

Sebelum Penglibatan PI

Sebelum penglibatan Puan Azrina pada PI, beliau kurang mahir dalam menggunakankan komputer, internet & microsoft office.  Beliau hanya melakukan kerja basic sahaja seperti membuat surat menggunakan microsoft officer (word) & kira-kira keuntungan di dalam microsoft office( excel)

 

Selepas Penglibatan PI

Selepas penglibatan Puan Azrina pada PI, beliau semakin mahir dari hari ke hari.  Kini beliau pandai membuat poster, flyers dann business kad untuk kedai makannya sendiri.  Kelebihan puan Azrina ini dapat membantu meningkatkan promosi kedai makanya.  Beliau sangat gembira dengan kebolehannya sendiri dapat membantu perniagaanya. Klik disini untuk gambar penuh

USAHAWAN BROWNISE & BISKUT RAYA

Nama : Nur Fatiqah binti Hasrat 
Umur : 27 Tahun
Ahli : 2018

 

Latar Belakang

Nur Fatiqah telah menjual brownise dan biskut raya secara online di sekitar Felda Lurah Bilut dan berdekatan dengannya.  Beliau juga membuat perkhidmatan penghantaran kerumah dan caj yang dikenakan adalah mengikut jarak kilometer penghantaran. Beliau akan mengambil order terlebih dahulu sebelum membuat.  Produk jualan beliau adalah hanya cukup untuk oder sahaja jika ada extra Fatiqah akan mempromosikan di Facebooknya dan Whatsapp group jualan makanan.  Fatiqah merupakan anak peneroka Felda Lurah Bilut ibu bapa beliau juga merupakan usahawan yang berjaya dan mempunyai gerai buah nangka madu di tepi jalan Bentong menghala ke Raub.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Untuk permulaan berniaga, pendapatan Fatiqah hanya sekitar RM300 hingga RM500 sahaja sebulan.  Jumlah produk waktu itu tidak banyak.  Hal ini kerana, penduduk sekitar tidak mengetahui produk jualannya dan Fatiqah masih belum pandai untuk mempromosikannya. Hanya pelanggan yang terdekat sahaja mengetahuinya.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas menghadiri beberapa kelas keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet (PI), beliau telah pandai untuk mempromosikan produk beliau ke laman sosial seperti Facebook dan Whatsapp group. Beliau kini telah memiliki akaun facebook sendiri yang boleh mempromosikan produk brownies dan biskut raya beliau.  Pelanggan beliau dulunya hanya sekitar Felda Lurah Bilut sahaja dan  malah kini hampir  luar sekitar Felda ada yang dari luar daerah dan luar negeri.   Pendapatan beliau kini mencecah RM 700 hingga ke RM2000. Tambahan, Beliau juga ada membantu keluarganya dalam perniagaan western food.  Jika tiada permintaan dari pelangan beliau akak membantu keluarganya.

USAHAWAN JERUK ASAM BOI

Nama : Nur Nadhirah binti Zainudin 
Umur : 19 Tahun
Ahli : 2013

 

Latar Belakang

Nur Nadhirah berumur 19 tahun merupakan lepasan SPM SMK Lurah Bilut. Selepas SPM beliau menyambung pelajar di Giatmara Raub, Pahang dalam kos Fashion Desigener and Dressmaking. Selepas tamat pengajian di Giatmara,  barulah beliau mengambil peluang  untuk berniaga jeruk asam boi.  Hal ini kerana, beliau melihat sambutan jeruk asam boi di sekitar Felda Lurah Bilut mendapat sambutan yang baik dan permintaan yang ramai. Beliau memperjeniskan buah-buahan untuk menjadikan satu kelainan jeruk beliau.  Ini membolehkan pelanggan membuat pilihan mereka. Terdapat 10 pilihan buah antaranya rock melon, limau madu, jambu madu, kedondong, jambu batu, sengkuang nenas madu, tembikai, mangga dan epal.

Selain itu, Nadhirah juga membantu ibunya berniaga kuih-muih di bazar ramadan sempena bulan puasa ini.  Beliau juga cuba menjual pelbagai produk lain selain jeruk asam boi hanya untuk sambilan antaranya aiskrim malaysia dan agar-agar santan. Minat dalam perniagaan membuatkan beliau ingin memcuba pelbagai jenis makanan selain jeruk asam boi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Untuk permulaan berniaga, pendapatan Nadhirah hanya sekitar RM100-RM200 sahaja. Beliau akan membuat mengikut permintaan pelanggan sahaja. Sebelum membuat Nadhirah akan mengambil order terlebih dahulu dan baru lah beliau akan membuatnya. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas usahawan, Nadhirah pelajar pelbagai cara untuk membantu produk beliau dikenali ramai.  Beliau telah mempromosikan produk ke laman sosial seperti Facebook dan Whatsapp group.  Beliau kini telah memiliki akaun facebook sendiri.  Ini memudahkan beliau untuk mempromosikan produk Jeruk Asam Boi.

nadhirah produk promosi media sosial

CELIK ICT - ORANG ASLI LURAH BILUT

Nama : NUR MAJUANI AZLIN
Umur : 17 Tahun
Ahli : 2016

 

Latar Belakang

Nur Majuani merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Lurah Bilut. Majuani merupakan salah seorang pengunjung Pusat Internet disini yang berbangsa Orang Asli (OA) yang menetap di Felda Lurah Bilut.  Majuani juga merupakan salah seorang anak OA yang besekolah. Sekarang Majuani akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatan Majuani kepada PI, dia tidak pandai untuk menggunakan komputer dan internet malah takut-takut untuk gunakan.  Majuani sering ke PI bersama rakan-rakan yang lain untuk menyiapkan kerja sekolah dan mencari bahan belajar.  Petugas PI mengajak Majuani dan yang lain untuk mengikuti kelas-kelas latihan ICT yang disediakan. 

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI 

Selepas mengikuti kelas ICT yang diberikan kini majuani semakin mahir dari hari ke hari.  Sebelum ini urusan berkaitan kerja sekolahnya dibantu oleh petugas PI, setelah mengikuti kelas latihan, dia tidak lagi perlukan bantuan petugas PI malah cekap membuat sendiri dan mampu beri tunjuk ajar kepada rakan-rakan yang lain.  Kini Majuani pandai menggunakan komputer & perkakaksan komputer.  Dia juga mahir dalam penggunaan internet.  Sebarang maklumat berkaitan kerja sekolah atau mencari bahan - bahan kerja sekolahnya dia mencari sendiri dengan sebaiknya sambil di pantau oleh petugas PI.