USAHAWAN KUIH TRADISIONAL 

Nama : Zaimah binti Shamsudin 
Umur : 40 Tahun
Ahli : 2013

 

Latar Belakang 

Puan Zaimah merupakan pengusaha Kuih Tradisional & Moden. Beliau sedang aktif membuat tempahan kuih kepada sesiapa yang membuat tempahan. Antara kuih yang dijual adalah Kuih Loyang, Kapit Crunchy, Bahulu dan lain-lain. Puan Zaimah merupakan usahawan produk makanan dan menerima tempahan daripada semua tempat kerana produk beliau boleh di poskan luar daripada Felda Lurah Bilut

Sebelum Penglibatan PI

Pada peringkat awal, Puan Zaimah hanya mengetahui cara membuat emel dan facebook. Beliau mengetahui bahawa banyak manfaat jika datang ke PI, maka beliau berminat untuk datang ke PI.

 

Selepas Penglibatan PI

Pihak PI telah mengetahui mengenai perniagaan Puan Zaimah. Beliau turut memasukkan produk beliau dalam aplikasi MyShop.  Setelah memasarkan produk melalui aplikasi whatsapp dan facebook, beliau mula mengetahui bahawa potensi agak tinggi untuk mengembangkan perniagaan beliau menerusi kemudahan yang ada di PI dan melalui pelanggan-pelanggan di PI yang sedia ada.  Pemulaan Puan Zaimah dalam membuat kuih ini bermodalkan adalah sekitar RM200 hingga RM400 .  Selepas bejaya memasarkan di produknya puan zaimah boleh mendapat RM500 hingga RM1000. 

USAHAWAN KAIN BATIK KELANTAN 

Nama : Siti Hamnah binti Haji Abdullah 
Umur : 57 Tahun
Ahli : 2013

 

Latar Belakang

Puan Hamnah merupakan usahawan menjual kain batik Kelantan. Beliau aktif menggunakan aplikasi whatsapp berbanding facebook untuk menjual kain batik tersebut kerana beliau turut bergiat aktif dalam gerakan NGO-NGO di Felda Lurah Bilut. Beliau juga turut membuat kutu kain batik.  Beliau juga merupakan cikgu Literasi di Felda Lurah Bilut. Beliau akan mengambil tempahanan awal kerana kain batik tersebut perlu di ambil di kampung halaman nya iaitu Kelantan.

Sebelum Penglibatan PI

Pada peringkat awal, Puan Hamnah hanya mengetahui cara membuat emel dan penggunaan whatsapp. Beliau mengetahui bahawa banyak manfaat jika datang ke PI, maka beliau berminat untuk datang ke PI. Puan Hamnah bermulakan modal meniaga kain batik kelantan sebanyak RM200 sahaja. 

Selepas Penglibatan PI

Pihak PI telah mengetahui mengenai perniagaan Puan Hamnah. Beliau turut memasukkan produk beliau dalam aplikasi MyShop. Selepas Puan Hamnah mencuba memperkenalkan perniagaan kain batik beliau ke dalam media sosial seperti Aplikasi MyShop dan Whatsapp group keuntungan yang di peroleh mengandakan modal permulaan beliau. 

USHAWAN AISKRIM MALAYSIA

Nama : Nor Atikah binti Hamzah
Umur : 27 Tahun
Ahli

: 2017

 

Latar Belakang

Cik Atikah merupakan pengusaha aiskrim Malaysia. Beliau sedang aktif menghantar aiskrim Malaysia di sekolah kafa mempaga. Tetapi pada masa cuti sekolah beliau mengambil tempahan daripada komuniti sekitar. Cik Atikah merupakan usahawan baru dan beliau menghasilkan produk aiskrim Malaysia yang diberi nama ‘Aiskrim Malaysia Berhantu’

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada peringkat awal, Cik Atikah hanya mengetahui cara membuat emel dan facebook. Beliau mengetahui bahawa banyak manfaat jika datang ke PI, maka beliau berminat untuk datang ke PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pihak PI telah mengetahui mengenai perniagaan Cik Atikah. Beliau turut memasukkan produk beliau dalam aplikasi MyShop. Setelah memasarkan produk melalui aplikasi whatsapp dan facebook, beliau mula mengetahui bahawa potensi agak tinggi untuk mengembangkan perniagaan beliau menerusi kemudahan yang ada di PI dan melalui pelanggan-pelanggan di PI yang sedia ada. 

 

NORATIKAH

 

 

MENCIPTA AKAUN EMAIL

Nama : Aparajita a/p Shanmugam
Umur : 11 Tahun
Ahli : 2015

 

Latar Belakang

Aparajita A/P Shanmugam merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Lurah Bilut. Aparajita merupakan salah seorang pengunjung aktif Pusat Internet Felda Lurah Bilut yang berbangsa India yang menetap di Felda Lurah Bilut.

Sebelum Penglibatan PI

Aparajita sering berkunjung ke Pusat Internet Felda Lurah Bilut atas urusan kerja sekolahnya. Selain jika kelapangan pada waktu cuti sekolah dia sering berkunjung kesini untuk menggunakan internet bersama ayah dan adik beradiknya. Oleh itu, kami petugas pusat internet mengajak Aparajita untuk mengikuti kelas latihan yang disediakan bagi memudahkan dia untuk menggunakan perkhidmatan disini.

Selepas Penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas ICT yang diberikan kini Aparajita semakin mahir. Sebelum ini urusan berkaitan kerja sekolahnya di bantu oleh petugas PI, setelah mengikuti kelas latihan, dia tidak lagi perlukan bantuan petugas PI tetapi telah cekap membuat sendiri.

Kini Aparajita pandai menggunakan komputer & peralatan. Dia juga mahir dalam penggunaan internet kerana sebelum ini hanya datang melihat video di youtube.  Sebarang maklumat berkaitan kerja sekolahnya, dia mencari sendiri dengan sebaiknya sambil dipantau oleh petugas PI.  Dia lebih seronok & selesa apabila berkunjung ke Pusat Internet. Klik disini untuk gambar penuh

CARIAN MAKLUMAT DI INTERNET & MICROSOFT WORD

Nama : Elyana binti Mohd Salleh
Umur : 35 Tahun
Ahli : 2014

 

Latar Belakang

Puan Elyana binti Mohd Salleh adalah seorang surirumah dah ibu kepada anak 3.  Beliau juga ada memegang jawatan naik pengerusi 2 MBFM belia Felda Lurah Bilut dan berapa badan ngo yang ada di felda lurah bilut.  Beliau merupakan salah seorang pengguna yang sering datang ke pusat internet.

Sebelum Penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau terhadap pusat internet ini, beliau tidak pandai menggunakan kemudahan ICT yang diberikan oleh pusat internet. Sebagai ahli yang memegang pelbagai jawatan dalam badan ngo beliau mempunyai pelbagai tugas yang harus di buat contohnya surat-surat, proposal program dan sebagainya

Selepas Penglibatan PI

Petugas pusat internet banyak membantu beliau dari segi mengajak beliau mengikuti kelas  serta memberi tunjuk ajar secara pesonal. Selepas penglibatan beliau kepada pusat internet, banyak perubahan yang nampak pada beliau.. sebelum ini beliau tidak pandai mengunakan komputer dan kini sudah mahir menggunakannya dan mahir membuat surat dengan menggunakan microsoft word dan sebagainya.