CARIAN MAKLUMAT DI INTERNET & MICROSOFT WORD

Nama : Elyana binti Mohd Salleh
Umur : 35 Tahun
Ahli : 2014

 

Latar Belakang

Puan Elyana binti Mohd Salleh adalah seorang surirumah dah ibu kepada anak 3.  Beliau juga ada memegang jawatan naik pengerusi 2 MBFM belia Felda Lurah Bilut dan berapa badan ngo yang ada di felda lurah bilut.  Beliau merupakan salah seorang pengguna yang sering datang ke pusat internet.

Sebelum Penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau terhadap pusat internet ini, beliau tidak pandai menggunakan kemudahan ICT yang diberikan oleh pusat internet. Sebagai ahli yang memegang pelbagai jawatan dalam badan ngo beliau mempunyai pelbagai tugas yang harus di buat contohnya surat-surat, proposal program dan sebagainya

Selepas Penglibatan PI

Petugas pusat internet banyak membantu beliau dari segi mengajak beliau mengikuti kelas  serta memberi tunjuk ajar secara pesonal. Selepas penglibatan beliau kepada pusat internet, banyak perubahan yang nampak pada beliau.. sebelum ini beliau tidak pandai mengunakan komputer dan kini sudah mahir menggunakannya dan mahir membuat surat dengan menggunakan microsoft word dan sebagainya.