USAHAWAN AYAM SERINGGIT

Nama

: Muhammad Iffan Daniel bin Hamzah 
Umur : 18 Tahun
Ahli : 2014

 

Latar Belakang

Muhammad Iffan Daniel telah memulakan perniagaan Ayam Seringgitnya secara kecil – kecilan di dalam (F) Lurah Bilut. Iffan mula menceburi perniagaan ini setelah menamatkan SPM tahun lalu (2019). Sambil menunggu keputusan SPM Iffan mengambil keputusan untuk membuka satu perniagaan kecil-kecilan di kampung.  Ayam Goreng Seringgit mendapat sambutan yang amat menggalakan dari sekitar penduduk Lurah Bilut.

Pada permulaan Iffan berniaga dirumah sahaja dan beliau membuat servis penghantaran kerumah (COD) kepada pelanggan yang membeli.  Kini beliau telah membuka gerai kecil di tapak belia dan bersebelahan tapak gerai Teh Pior.  Ini memudahkan pelanggan untuk mendapatkan ayam seringgitnya. Ayam seringgit diperap sendiri oleh Iffan dengan ramuan dan citarasanya tersendiri. Hal ini membuatkan ayam seringgitnya lagi sedap dan lazat.

 

Sebelum penglibatan PI

Pada peringkat awal, Muhammad Iffan merupakan salah seorang pelajar celik ICT di pusat internet.  Beliau sering datang ke pusat internet untuk menggunakan perkhidmatan disini untuk menyiapkan kerja-kerja sekolahnya.  Oleh itu, beliau sudah mempunyai basic asas internet.  Dengan basic ict yang ada tidak menyukarkan beliau untuk mencari idea dalam perniagaan.

Pada permulaan berniagaan beliau dapat menjual ayam seringgit hanyalah RM200 – RM350 sebulan sahaja.

 

Selepas pengglibatan PI

Setelah menghadiri kelas ushawan yang telah disediakan oleh PI, Iffan kini semakin mahir dalam menguruskan perniagaan kecilnya.  Antaranya cara membuat marketing di dalam facebook dan whatsapps.  Beliau kini menjadikan PI salah satu rujukan untuk memajukan perniagaannya.

Kini ayam seringgitnya mendapat sambutan dari kalangan pelbagai usia.  Pendapatan kini boleh mencecah hingga RM500 sebulan.

irfan  WhatsApp Image 2020 02 18 at 9.50.29 AM

 

Nama :  Bhavatarini A/P Shamugam 
Umur : 14 Tahun
Ahli PI : 2013

 

Latar Belakang

Bhavatarini A/P Shanmugam ialah seorang pelajar berbangsa India dan berekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Lurah Bilut. Berumur 14 tahun.  Bhava juga seorang yang aktif bersukan dengan melibatkan diri dengan sukan bola jaring. Merupakan salah seorang pelajar yang selalu menggunakan khidmat Pusat Internet (PI).

Sebelum Penglibatan PI

Sebelum diperkenalkan Bhava ini tidak pandai menggunakan peralatan komputer dan internet  di PI.  Sering datang ke PI bersama ayahnya iaitu Encik Shanmugan juga merupakan pengguna PI. Kami petugas PI mengajak Bhava untuk menjadi ahli dan menerangkan kelebihan menjadi ahli dan sekaligus mempelawa Bhava untuk mengikuti kelas latihan yang kami anjurkan kepada pengguna PI disini.

Selepas Penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT petugas PI melihat banyak peningkatan kepada Bhava dalam menggunakan internet dan peralatan komputer disini.  Melalui kelas latihan asas ICT yang di bimbing oleh PI kini Bhava telah memiliki akaun email sendiri.  Malah Bhava lebih cekap dan pantas dari sebelum ini.  Setiap hujung minggu Bhava akan datang dan menggunakan pc di PI untuk menyiapkan kerja sekolahnya dengan menggunakan internet untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan.

Nama :  Murniyati binti Alias
Umur : 42 Tahun
Ahli PI : 2016

 

Latar Belakang

Puan Murniyati merupakan seorang guru Pasti dan guru Kafa.  Waktu pagi beliau akan  di Pasti At-Taqwa (F) Lurah Bilut dan di waktu petang pula beliau akan mengajar di Sekolah Agama Rakyat (F) Lurah Bilut (KAFA). Puan Murniyati merupakan seorang isteri & ibu kepada 6 orang anak. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet (PI) untuk membawa anak muridnya iaitu pelajar PASTI mengikuti kelas latihan ICT yang dianjurkan oleh PI.

 

Sebelum Penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau, beliau hanya datang membawa pelajarnya sahaja untuk menghadiri kelas ICT bersama PI. Beliau tiada basic internet & tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet.  Pada suatu hari beliau ingin menyiapkan tugasan yang diberi menggunakan komputer & internet  dan meminta petugas PI untuk membantunya.  Petugas PI telah mengajak beliau untuk menghadiri kelas harian ICT.  Hujung minggu beliau akan ke PI untuk belajar. 

 

Selepas Penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau, puan Murniyati semakin mahir dalam menggunakan komputer dan internet. Malahan, beliau telah membuat satu facebook page untuk projek BBM (Bahan Bantu Mengajar) khas untuk guru-guru. Beliau juga mengambil tempahan tersebut jika ada yang ingin menempah.

USAHAWAN BRIDAL FELDA LURAH BILUT

Nama

:  Noriah bt Mat Zin 
Umur : 46 Tahun
Ahli : 2015

 

Latar Belakang

Mula perniagaan pada 2010.  Pada awalnya perniagaan ini bermula dengan hanya mendeko sambilan pelamin-pelamin dan menjadi jurusolek sambilan.   

Puan Noriah merupakan usahawan. Beliau aktif menggunakan applikasi whatapp dan facebook untuk mempromosikan perkhidmatan beliau.  Terkini beliau makin dikenali dan mendapat banyak tempahan untuk perkhidmatan mini pelamin sehingga ke pelamin dewan.  Perkhidmatan beliau kini dikenali dengan nama "NORIAH BRIDAL" dengan menggunakan hastag #janganmaingiler

Sebelum Penglibatan PI

Pada peringkat awal, Puan Noriah hanya mengetahui cara membuat emel dan penggunaan whatsapp sahaja.  Beliau mengetahui bahawa banyak manfaat jika datang ke PI, maka beliau berminat untuk datang ke PI.

Selepas Penglibatan PI

Pihak PI telah mengetahui mengenai perniagaan Puan Noriah dan membantu beliau mencadangkan untuk mempromosikan ke dalam facebook.  Berikutan facebook lama beliau telah pun terlupa kata laluan, petugas membantu beliau untuk mencipta akaun facebook yang. 

noriah 1  noriah

USAHAWAN COOKIES 

Nama

:  Wan Siti Aminah 
Umur : 37 Tahun
Ahli : 2019

 

Latar Belakang

Pn. Wan Siti Aminah merupakan usahawan online & offline dalam bidang bakery. Beliau menjual cookies iaitu samprit susu & popcorn untuk projek goodies. Nama perniagaan online beliau ialah “Legend Cookies”.  

Pn. Wan Siti Aminah telah memulakan perniagaan online secara kecil-kecilan di dalam Felda Lurah Bilut. Pada mulanya hanya komuniti sekitar sahaja yang mengetahui mengenai perniagaan beliau dan tempahan dibuat melalui telefon atau pelanggan datang sendiri ke rumah bagi mengetahui stok masih ada atau tidak.  Namun setelah mendapat permintaan yang tinggi oleh pelanggan beliau telah mengembangkan perniagaannya secara berperingkat dan kini beliau memiliki tagging nama produk sendiri. Produk cookies beliau juga telah berkembang dari luar bandar ke bandar banyak premis telah menjual produk cookies beliau.

Sebelum penglibatan PI

Pada peringkat awal, Pn Wan Siti Aminah agak kurang mahir menggunakan komputer.  Oleh itu, beliau banyak meluangkan masa di pusat internet untuk mempelajari asas-asas komputer dan mempelajari cara untuk pemasaran produk beliau.  Pada masa itu, pendapatan beliau dalam menjual cookies hanyalah sekitar RM500 hingga RM700 sebulan sehaja.

Selepas penglibatan PI

Setelah menghadiri kelas usahawan yang telah disediakan oleh pusat internet beliau kini telah memiliki akaun facebook, whtsap & instagram sendiri yang membantu mempromosikan hasil perniagaan online beliau.  ini membolehkan pelanggan dari luar banda membuat tempahan dengan beliau berdasarkan nombor telefon yang telah disertakan disitu.  kini tempahan daripada pelanggan semakin bertambah dan pendapatan beliau turut meningkat.  kini pendapatan beliau dalam menjual cookies telah mencapai tahap meningkat dengan RM1500 hingga RM3000 sebulan.