USAHAWAN AYAM SERINGGIT

Nama

: Muhammad Iffan Daniel bin Hamzah 
Umur : 18 Tahun
Ahli : 2014

 

Latar Belakang

Muhammad Iffan Daniel telah memulakan perniagaan Ayam Seringgitnya secara kecil – kecilan di dalam (F) Lurah Bilut. Iffan mula menceburi perniagaan ini setelah menamatkan SPM tahun lalu (2019). Sambil menunggu keputusan SPM Iffan mengambil keputusan untuk membuka satu perniagaan kecil-kecilan di kampung.  Ayam Goreng Seringgit mendapat sambutan yang amat menggalakan dari sekitar penduduk Lurah Bilut.

Pada permulaan Iffan berniaga dirumah sahaja dan beliau membuat servis penghantaran kerumah (COD) kepada pelanggan yang membeli.  Kini beliau telah membuka gerai kecil di tapak belia dan bersebelahan tapak gerai Teh Pior.  Ini memudahkan pelanggan untuk mendapatkan ayam seringgitnya. Ayam seringgit diperap sendiri oleh Iffan dengan ramuan dan citarasanya tersendiri. Hal ini membuatkan ayam seringgitnya lagi sedap dan lazat.

 

Sebelum penglibatan PI

Pada peringkat awal, Muhammad Iffan merupakan salah seorang pelajar celik ICT di pusat internet.  Beliau sering datang ke pusat internet untuk menggunakan perkhidmatan disini untuk menyiapkan kerja-kerja sekolahnya.  Oleh itu, beliau sudah mempunyai basic asas internet.  Dengan basic ict yang ada tidak menyukarkan beliau untuk mencari idea dalam perniagaan.

Pada permulaan berniagaan beliau dapat menjual ayam seringgit hanyalah RM200 – RM350 sebulan sahaja.

 

Selepas pengglibatan PI

Setelah menghadiri kelas ushawan yang telah disediakan oleh PI, Iffan kini semakin mahir dalam menguruskan perniagaan kecilnya.  Antaranya cara membuat marketing di dalam facebook dan whatsapps.  Beliau kini menjadikan PI salah satu rujukan untuk memajukan perniagaannya.

Kini ayam seringgitnya mendapat sambutan dari kalangan pelbagai usia.  Pendapatan kini boleh mencecah hingga RM500 sebulan.

irfan  WhatsApp Image 2020 02 18 at 9.50.29 AM