USAHAWAN COOKIES 

Nama

:  Wan Siti Aminah 
Umur : 37 Tahun
Ahli : 2019

 

Latar Belakang

Pn. Wan Siti Aminah merupakan usahawan online & offline dalam bidang bakery. Beliau menjual cookies iaitu samprit susu & popcorn untuk projek goodies. Nama perniagaan online beliau ialah “Legend Cookies”.  

Pn. Wan Siti Aminah telah memulakan perniagaan online secara kecil-kecilan di dalam Felda Lurah Bilut. Pada mulanya hanya komuniti sekitar sahaja yang mengetahui mengenai perniagaan beliau dan tempahan dibuat melalui telefon atau pelanggan datang sendiri ke rumah bagi mengetahui stok masih ada atau tidak.  Namun setelah mendapat permintaan yang tinggi oleh pelanggan beliau telah mengembangkan perniagaannya secara berperingkat dan kini beliau memiliki tagging nama produk sendiri. Produk cookies beliau juga telah berkembang dari luar bandar ke bandar banyak premis telah menjual produk cookies beliau.

Sebelum penglibatan PI

Pada peringkat awal, Pn Wan Siti Aminah agak kurang mahir menggunakan komputer.  Oleh itu, beliau banyak meluangkan masa di pusat internet untuk mempelajari asas-asas komputer dan mempelajari cara untuk pemasaran produk beliau.  Pada masa itu, pendapatan beliau dalam menjual cookies hanyalah sekitar RM500 hingga RM700 sebulan sehaja.

Selepas penglibatan PI

Setelah menghadiri kelas usahawan yang telah disediakan oleh pusat internet beliau kini telah memiliki akaun facebook, whtsap & instagram sendiri yang membantu mempromosikan hasil perniagaan online beliau.  ini membolehkan pelanggan dari luar banda membuat tempahan dengan beliau berdasarkan nombor telefon yang telah disertakan disitu.  kini tempahan daripada pelanggan semakin bertambah dan pendapatan beliau turut meningkat.  kini pendapatan beliau dalam menjual cookies telah mencapai tahap meningkat dengan RM1500 hingga RM3000 sebulan.