Nama :  Murniyati binti Alias
Umur : 42 Tahun
Ahli PI : 2016

 

Latar Belakang

Puan Murniyati merupakan seorang guru Pasti dan guru Kafa.  Waktu pagi beliau akan  di Pasti At-Taqwa (F) Lurah Bilut dan di waktu petang pula beliau akan mengajar di Sekolah Agama Rakyat (F) Lurah Bilut (KAFA). Puan Murniyati merupakan seorang isteri & ibu kepada 6 orang anak. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet (PI) untuk membawa anak muridnya iaitu pelajar PASTI mengikuti kelas latihan ICT yang dianjurkan oleh PI.

 

Sebelum Penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau, beliau hanya datang membawa pelajarnya sahaja untuk menghadiri kelas ICT bersama PI. Beliau tiada basic internet & tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet.  Pada suatu hari beliau ingin menyiapkan tugasan yang diberi menggunakan komputer & internet  dan meminta petugas PI untuk membantunya.  Petugas PI telah mengajak beliau untuk menghadiri kelas harian ICT.  Hujung minggu beliau akan ke PI untuk belajar. 

 

Selepas Penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau, puan Murniyati semakin mahir dalam menggunakan komputer dan internet. Malahan, beliau telah membuat satu facebook page untuk projek BBM (Bahan Bantu Mengajar) khas untuk guru-guru. Beliau juga mengambil tempahan tersebut jika ada yang ingin menempah.