Nama : Muhammad Nasiruddin bin Mohd Zamri
Umur : 9 Tahun
Ahli PI : 2016

 

Latar Belakang

Muhammad Nasiruddin bin Mohd Zamri adalah seorang pelajar Sekolah Rendah Lurah Bilut.  Nasiruddin merupakan salah seorang pengguna yang sering menggunakan khidmat Pusat Internet di Felda Lurah Bilut.

 

Sebelum Penglibatan PI

Nasiruddin telah didedahkan dengan penggunaan ict sejak dia berumur 6 tahun lagi.  Kerana dia sering mengikuti kelas latihan asas ict yang dianjurkan oleh pusat internet untuk pelajar Pasti Lurah Bilut. Nasiruddin juga merupakan bekas pelajar Pasti Lurah Bilut.

 

Selepas Penglibatan PI

Selepas diperkenalkan dengan ict Nasiruddin semakin mahir dalam menggunakan komputer dan internet. Nasiruddin sering mengikuti kelas-kelas dan aktiviti-aktiviti yang di anjurkan oleh pusat internet.

USAHAWAN KEDAI MAKAN

Nama

: Suriani Bt Jusoh
Umur : 50 Tahun
Ahli : 2016

 

Latar Belakang

Suriani merupakan usahawan kedai makan.  Beliau turut membuat penghantaran makanan dan minuman ke rumah pelanggan.  Nama kedai makan beliau dikenali seabagai Kedai Makan Titian Suzul.  Beliau merupakan menantu peneroka (F) Lurah Bilut. Suriani telah berniaga secara offline dan online  berdekatan denganya.  Beliau juga membuat perkhidmatan penghantaran kerumah.  Beliau menyediakan pelbagai jenis masakan panas dan yang paling mendapat sambutan adalah roti canai kari kaki ayam.

Sebelum Penggunaan ICT

Untuk permulaan berniaga, Suriani hanya tertumpu perniagaan di kedai sahaja. Kedai yang beroperasi bermula pagi dan malam.  Beliau dibantu oleh suami dan anak-anak.

Beliau mula datang ke PI untuk membuat senarai menu makanan-makanan yang dijual di kedai beliau.  Petugas membantu memberi tunjuk ajar kepada beliau.  Selepas beliau mula mempromosikan perniagaan di dalam facebook dan seterusnya whatsapp group.

Selepas Penglibatan ICT

Selepas menglibatkan diri ke kelas usahawan di bawah PI, beliau semakin mahir dalam penggunaan internet dan komputer.  Malah beliau juga pandai untuk mempromosikan perniagaan di laman sosial seperti Facebook dan Whatsapp group.

Beliau akan membuat penghantaran ke rumah selepas bukan tempahan di dalam whatsapp group.  Beliau banyak menyiarkan iklan-iklan perniagan beliau di dalam facebook dan whatsapp group tersebut.

warung titian suzul

 

 

 

Nama : Mohd Lasa bin Ali
Umur : 49 Tahun
Ahli PI : 2019

 

Latar Belakang

Encik Mohd Lasa bin Ali merupakan seorang tukang masak dan bekerja di pelantar minyak. Beliau berumur 49 tahun dan salah seorang pengunjung Pusat Internet Felda Lurah Bilut.

Sebelum Penglibatan PI

Sebelum ini beliau tidak pernah berkunjung ke Pusat Internet kerana sering sibuk dengan kerjanya. Awal tahun 2019 beliau berkunjung ke pusat internet dengan meminta bantuan dari petugas untuk membantunya memohon pekerjaan dengan meminta petugas mengimbas dokumen peribadinya untuk permohonan kerja dan petugas membantunya cara menggunakan email Gmail. 

Selepas Penglibatan PI

Selepas penglibatan PI beliau tertarik dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pusat internet dan telah menjadi ahli Pusat Internet Felda Lurah Bilut pada 4 March 2019. Sejak itu, jika ada urusan beliau akan ke pusat internet.  Beliau juga sering mengikuti kelas di bawah bimbingan Pusat Internet. Selepas mengikuti kelas ICT yang diberikan kini beliau semakin mahir. Sebelum ini beliau sangat lemah dalam penggunaan komputer dan ICT.

USAHAWAN NANGKA MADU

Nama

: Nur Saidatul Laila binti Azman
Umur : 30 Tahun
Ahli : 2019

 

Latar Belakang

Nur Saidatul Laila telah menjual buah nangka madu secara offline di sekitar Felda Lurah Bilut dan berdekatan dengannya.  Beliau juga membuat perkhidmatan penghantaran kerumah di sekitar (F) Lurah Bilut sahaja. 

Selain nangka madu, beliau juga ada menjual pelbagai buah tempatan iaitu durian, rambutan dan nenas.   Buahan tersebut mengikut musim dan tempahan pelanggan. 

Sebelum Penggunaan ICT

Untuk permulaan berniaga, pendapatan Nur Saidatul Laila sekitar RM600 hingga RM1200 sahaja sebulan. Malah jumlah buah juga tidak banyak dan kurang tempahan.  Ketika itu  beliau hanya menjual buah nangka madu sahaja promosi pengiklannya kurang kerana beliau tidak pandai. 

Pada Awal tahun 2019 beliau berkunjung ke pusat internet dengan meminta bantuan dari petugas untuk membantunya dalam membuat permohonan bantuan kewangan bagi mempertingkatkan jualan Bilut Nangka Madu 88 dan petugas membantunya mengajar cara membuat surat formal untuknya.

Selepas Penggunaan ICT

Selepas menglibatkan diri ke kelas usahawan di bawah Pusat Internet, beliau semakin mahir dalam penggunaan internet dan komputer. Malah beliau juga pandai untuk mempromosikan perniagaa di laman sosial seperti Facebook dan Whatsapp group.   Kini perniagaan beliau juga telah memiliki akaun page iaitu @Bilut Nangka Madu 88.     

Pendapatan beliau kini mencecah RM1500 hingga RM3000.

20545289 1385106894877323 3197552453814905981 o

USAHAWAN TEMPOYAK & KARIPAP FROZEN 

Nama

: Latipah Binti Mahamud 
Umur : 54 Tahun
Ahli : 2019

 

Latar Belakang

Puan Latipah atau dikenali sebagai kakpah merupakan peniaga kecil-kecilan. Beliau aktif menggunakan aplikasi whatsapp dan instagram untuk mempromosikan perkhidmatan beliau. Terkini beliau makin dikenali dan mendapat banyak tempahan untuk karipap sejuk beku dan tempoyak. Beliau juga merupakan agen Jamu Ratu Malaya Bentong.

Sebelum Penglibatan PI

Pada peringkat awal, Puan Latipah hanya mengetahui cara membuat emel dan penggunaan whatsapp. Beliau mengetahui bahawa banyak manfaat jika datang ke PI, maka beliau berminat untuk datang ke PI.

Selepas Penglibatan PI

Pihak PI telah mengetahui mengenai perniagaan Puan Latipah dan membantu beliau mencadangkan untuk mempromosikan lagi produk-produk beliau. Puan Latipah kurang menggunakan medium facebook kerana aktif dalam instagram. Setelah mempromosikan perkhidmatan beliau melalui aplikasi whatsapp dan instagram, beliau mula mengetahui bahawa potensi agak tinggi untuk mengembangkan perniagaan beliau menerusi kemudahan yang ada di PI dan melalui pelanggan-pelanggan di PI yang sedia ada.