USAHAWAN TEMPOYAK & KARIPAP FROZEN
Nama |
: Latipah Binti Mahamud |
Umur | : 54 Tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar Belakang
Puan Latipah atau dikenali sebagai kakpah merupakan peniaga kecil-kecilan. Beliau aktif menggunakan aplikasi whatsapp dan instagram untuk mempromosikan perkhidmatan beliau. Terkini beliau makin dikenali dan mendapat banyak tempahan untuk karipap sejuk beku dan tempoyak. Beliau juga merupakan agen Jamu Ratu Malaya Bentong.
Sebelum Penglibatan PI
Pada peringkat awal, Puan Latipah hanya mengetahui cara membuat emel dan penggunaan whatsapp. Beliau mengetahui bahawa banyak manfaat jika datang ke PI, maka beliau berminat untuk datang ke PI.
Selepas Penglibatan PI
Pihak PI telah mengetahui mengenai perniagaan Puan Latipah dan membantu beliau mencadangkan untuk mempromosikan lagi produk-produk beliau. Puan Latipah kurang menggunakan medium facebook kerana aktif dalam instagram. Setelah mempromosikan perkhidmatan beliau melalui aplikasi whatsapp dan instagram, beliau mula mengetahui bahawa potensi agak tinggi untuk mengembangkan perniagaan beliau menerusi kemudahan yang ada di PI dan melalui pelanggan-pelanggan di PI yang sedia ada.
http://feldalurahbilut.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/643-keusahawanan-puan-latipah-mahamud#sigFreeId6f70960799