USAHAWAN NANGKA MADU

Nama

: Nur Saidatul Laila binti Azman
Umur : 30 Tahun
Ahli : 2019

 

Latar Belakang

Nur Saidatul Laila telah menjual buah nangka madu secara offline di sekitar Felda Lurah Bilut dan berdekatan dengannya.  Beliau juga membuat perkhidmatan penghantaran kerumah di sekitar (F) Lurah Bilut sahaja. 

Selain nangka madu, beliau juga ada menjual pelbagai buah tempatan iaitu durian, rambutan dan nenas.   Buahan tersebut mengikut musim dan tempahan pelanggan. 

Sebelum Penggunaan ICT

Untuk permulaan berniaga, pendapatan Nur Saidatul Laila sekitar RM600 hingga RM1200 sahaja sebulan. Malah jumlah buah juga tidak banyak dan kurang tempahan.  Ketika itu  beliau hanya menjual buah nangka madu sahaja promosi pengiklannya kurang kerana beliau tidak pandai. 

Pada Awal tahun 2019 beliau berkunjung ke pusat internet dengan meminta bantuan dari petugas untuk membantunya dalam membuat permohonan bantuan kewangan bagi mempertingkatkan jualan Bilut Nangka Madu 88 dan petugas membantunya mengajar cara membuat surat formal untuknya.

Selepas Penggunaan ICT

Selepas menglibatkan diri ke kelas usahawan di bawah Pusat Internet, beliau semakin mahir dalam penggunaan internet dan komputer. Malah beliau juga pandai untuk mempromosikan perniagaa di laman sosial seperti Facebook dan Whatsapp group.   Kini perniagaan beliau juga telah memiliki akaun page iaitu @Bilut Nangka Madu 88.     

Pendapatan beliau kini mencecah RM1500 hingga RM3000.

20545289 1385106894877323 3197552453814905981 o