USAHAWAN KEDAI MAKAN

Nama

: Suriani Bt Jusoh
Umur : 50 Tahun
Ahli : 2016

 

Latar Belakang

Suriani merupakan usahawan kedai makan.  Beliau turut membuat penghantaran makanan dan minuman ke rumah pelanggan.  Nama kedai makan beliau dikenali seabagai Kedai Makan Titian Suzul.  Beliau merupakan menantu peneroka (F) Lurah Bilut. Suriani telah berniaga secara offline dan online  berdekatan denganya.  Beliau juga membuat perkhidmatan penghantaran kerumah.  Beliau menyediakan pelbagai jenis masakan panas dan yang paling mendapat sambutan adalah roti canai kari kaki ayam.

Sebelum Penggunaan ICT

Untuk permulaan berniaga, Suriani hanya tertumpu perniagaan di kedai sahaja. Kedai yang beroperasi bermula pagi dan malam.  Beliau dibantu oleh suami dan anak-anak.

Beliau mula datang ke PI untuk membuat senarai menu makanan-makanan yang dijual di kedai beliau.  Petugas membantu memberi tunjuk ajar kepada beliau.  Selepas beliau mula mempromosikan perniagaan di dalam facebook dan seterusnya whatsapp group.

Selepas Penglibatan ICT

Selepas menglibatkan diri ke kelas usahawan di bawah PI, beliau semakin mahir dalam penggunaan internet dan komputer.  Malah beliau juga pandai untuk mempromosikan perniagaan di laman sosial seperti Facebook dan Whatsapp group.

Beliau akan membuat penghantaran ke rumah selepas bukan tempahan di dalam whatsapp group.  Beliau banyak menyiarkan iklan-iklan perniagan beliau di dalam facebook dan whatsapp group tersebut.

warung titian suzul