USAHAWAN BAKERY

Nama : Siti Nurul Faizah binti Abu Hassan
Umur : 25 Tahun
Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Siti Nurul Faizah merupakan pengusaha bakery kecil kecilan di Felda Lurah Bilut.  Dia mengambil tempahan dengan kuantiti yang sedikit dan mengikut bajet customer.  Mula menjinak dalam bidang bakery sejak umur 17 tahun dan pernah menyambung pelajaran dalam bidang bakery. Selain dari membuat cake dan cookies Faizah juga menjadi sebuah agent barangan kosmetik di kalangan komuniti setempat shj.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Faizah dalam Pusat Internet pendapatan Faizah tidak tetap jika ada customer adalah pendapatannya jika tiada, tiadalah pendapatannya. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Faizah sering berkunjung ke pusat internet untuk menggunakan internet disini.  Setelah di beritahu dia juga menjual cake dan cookies petugas pusat internet mengajak Faizah untuk join kelas-kelas yang disediakan oleh pusat internet.   Selepas penglibatan Faizah dengan pusat internet banyak perubahan yang dia peroleh salah satunya pandai menggunakan internet dengan betul, pandai membuat page perniagaan dan pandai mempromosikan produknya ke media sosial.  Tempahan cake dan cookies juga semakin mendapat sambutan.

faizah k1

USAHAWAN TEMPOYAK 

Nama :  Sahidah binti Abdul Gani
Umur : 29 tahun
Ahli

: 2014

 

Latar Belakang

Puan Sahida merupakan pekerja di Felda Lurah Bilut. Beliau telah memulakan perniagaan tempoyak selepas melihat potensi jualan di sekitar Felda Lurah Bilut. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di mana hanya kawan-kawan berhampiran sahaja yang tahu.

 

Sebelum Penglibatan PI

Pada peringkat awal, Puan Sahida hanya mengetahui cara membuat membuat emel dan facebook. Beliau mengetahui bahawa banyak manfaat jika datang ke PI, maka beliau berminat untuk datang ke PI.

 

Selepas Penglibatan PI

Pihak PI telah mengetahui mengenai perniagaan online Puan Sahida. Beliau turut memasukkan produk beliau dalam aplikasi MyShop.

USAHAWAN KATERING FELDA LURAH BILUT

Nama : Siti Fatimah BInti Ahmad 
Umur : 33 tahun
Ahli

: 2014

 

Latar Belakang

Puan Fatimah merupakan pengusaha perkhidmatan catering dan turut menerima tempahan mengubah gubahan hantaran tunang dan kahwin.  Merupakan penyewa di Felda Lurah Bilut.  Fatimah memulakan perniagaannya selepas melihat potensi penerimaan penduduk sekitar Felda Lurah Bilut adalah baik.  

 

Sebelum Penglibatan PI

Pada peringkat awal, Fatimah hanya mengetahi cara membuat email dan facebook sahaja.  

 

Selepas Penglibatan PI

Selepas memperkenalkan Pusat Internet kepadanya, Fatimah mengetahui bahawa banyak manfaat PI kepadanya.  Salah satunya petugas membantu Fatimah memperluaskan perniagaannya dengan memperkenalkan Apps MYshop dan membantu mengiklankan perniagaanyan ke dalam aps Myshop.  

 

CARIAN INTERNET, MICROSOFT WORD & EMAIL

Nama : Siti Norsyafida binti Mohd Fadhil
Umur : 14 Tahun
Ahli : 2016

 

Latar Belakang

Siti Norsyafida binti Mohd Fadhil adalah seorang pelajar Sekolah Menengah Keb. Felda Lurah Bilut. Syafida merupakan salah seorang pengguna yang sering menggunakan khidmat Pusat Internet disini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum diperkenalkan dengan ICT Syafidah tidak pandai menggunakan peralatan komputer dan internet disini malah dia tiada pembelajaran asas mengenai komputer.  Petugas Pusat Internet mengajak Syafidah untuk menjadi ahli PI untuk menyertai setiap kelas yang diadakan oleh petugas PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan Syafida dalam PI, kini Syafida mampu menggunakan internet sendiri tanpa bantuan petugas PI lagi.  Dia sering ke Pusat Internet untuk menyiapkan tugasan sekolah dan mencari bahan-bahan kerja untuk menyiapkan tugasan sekolahnya. Selain itu, Syafida selalu menggunakan perkhidmatan pinjaman netbook yang disediakan oleh Pusat Internet bagi membantu dia menyiapkan kerja-kerjanya dirumah.

PENGENALAN ASAS INTERNET 

Nama : Muhamad Putera Harris Iman bin Muhammad Hishamuddin
Umur : 11 Tahun
Ahli : 2016

 

Latar Belakang

Putera Muhammad Harris Iman bin Mohd Hishammudin adalah seorang pelajar sekolah rendah Lurah Bilut.  Putera merupakan salah seorang pengguna yang sering menggunakan khidmat Pusat Internet di Felda Lurah Bilut.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI 

Sebelum diperkenalkan dengan ICT. Dia agak kekok untuk menggunakan.  Putera sering berkunjung ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan pusat internet. Sering ke pusat internet untuk menyiapkan tugasan sekolahya.  Petugas pusat internet mengajak Putera untuk mengikuti kelas-kelas yang kami adakan untuk kanak-kanak komuniti di sini.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas penglibat Putera dengan Pusat internet iaitu melalui kelas Latihan Asas dan ICT yang dibimbingi oleh petugas, Putera telah mahir dalam menggunakan komputer dan internet.

celik it 2 celik it