CARIAN INTERNET, MICROSOFT WORD & EMAIL

Nama : Siti Norsyafida binti Mohd Fadhil
Umur : 14 Tahun
Ahli : 2016

 

Latar Belakang

Siti Norsyafida binti Mohd Fadhil adalah seorang pelajar Sekolah Menengah Keb. Felda Lurah Bilut. Syafida merupakan salah seorang pengguna yang sering menggunakan khidmat Pusat Internet disini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum diperkenalkan dengan ICT Syafidah tidak pandai menggunakan peralatan komputer dan internet disini malah dia tiada pembelajaran asas mengenai komputer.  Petugas Pusat Internet mengajak Syafidah untuk menjadi ahli PI untuk menyertai setiap kelas yang diadakan oleh petugas PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan Syafida dalam PI, kini Syafida mampu menggunakan internet sendiri tanpa bantuan petugas PI lagi.  Dia sering ke Pusat Internet untuk menyiapkan tugasan sekolah dan mencari bahan-bahan kerja untuk menyiapkan tugasan sekolahnya. Selain itu, Syafida selalu menggunakan perkhidmatan pinjaman netbook yang disediakan oleh Pusat Internet bagi membantu dia menyiapkan kerja-kerjanya dirumah.