USAHAWAN PAKAIAN 

Nama

: Siti Aishah bt Badrul Hiam
Umur : 35 Tahun
Ahli : 2013

 

Latar Belakang

Puan Aishah merupakan menantu peneroka Felda Lurah Bilut.  Beliau banyak menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Komuniti (PIK) mencari idea-idea untuk menambahbaik hasil jahitan beliau.  Beliau juga datag untuk memohon bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk para usahawan di PIK.  Kini beliau  membuka kedai sendiri di rumah dengan menyediakan ruang khas untuk para pelanggan.  

Mula perniagaan pada 2016.  Pada awalnya perniagaan ini bermula dengan hanya secara kecil-kecilan di kedai sewa dalam Felda Lurah Bilut.  Beliau mengambil upah untuk menjahit baju bersama-sama suaminya. 

Sebelum Penglibatan PIK

Sebelum ini, beliau hanya mewar-warkan kepada rakan sekeling sahaja.  PIK mula mengetahui beliau menjalankan perniagaan apabila beliau meminta petugas mengajar cara teknik mengambil gambar produk untuk di promosikan. 

Selepas Penglibatan PIK

Terkini beliau mula mendapat tempahan daripada pelanggan luar bandar.  Beliau bukan sahaja menerima tempahan menjahit pakaian malah turut barang-barang keperluan menjahit di dalam aplikasi Shopee.  Puan Aishah juga telah menyertai pertandingan usahawan online yang di anjurkan oleh Pusat Internet Komuniti iaitu mencipta akau Shopee untuk menjuak produk-produk beliau. 

Shopee

 

USAHAWAN MAKANAN BASAH

Nama

: Siti Rosidah Binti Arli
Umur : 36Tahun
Ahli : 2014

 

Latar Belakang

Terdahulu Puan Rosidah merupakan usahawan menjual kuih muih sejuk beku. Beliau aktif menggunakan aplikasi whatsapp berbanding facebook untuk menjual. Terkini beliau menambah lagi produk jualan beliau iaitu Arca Buah Tradisi yang merupakan resepi tradisi turun temurun.

Sebelum Penglibatan PI

Pada peringkat awal, Puan Rosidah hanya mengetahui cara membuat emel dan penggunaan whatsapp. Beliau mengetahui bahawa banyak manfaat jika datang ke PI, maka beliau berminat untuk datang ke PI. Puan Rosidah memulakan perniagaan Arca Buah ini dengan bermodalkan RM200 dan hanya beberapa pax sahaja untuk permulaan perniaggan ini. 

 

Selepas Penglibatan PI 

Pihak PI telah mengetahui mengenai tambahan perniagaan Puan Rosidah. Malah beliau juga turut belajar langkah membuat stiker acar buah tersebut dan membuat rangka rancangan perniagaan beliau. Selepas perniagaan Arca buah ini dipromosi di laman sosial seperti whatssap dan facebook telah mendapat sambutan dari pelanggan sekitar Felda Lurah Bilut. Perniagaan ini boleh mendapat keuntungan dalam RM500. 

ACAR BUAH 1

USAHAWAN REMPEYEK KACANG PUTIH 

Nama : Mohd Zaidi Zarizat bin Abdul Rahman
Umur : 33 Tahun
Ahli PI : 2020

 

Latar Belakang

Mula perniagaan pada tahun 2019. Pada awalnya perniagaan ini bermula dengan hanya secara kecil-kecilan melalui khidmat pesanan ringkas.   Zaidi merupakan lepasan graduan.  Beliau antara pelanggan Pusat Internet (PI) yang aktif datang ke PI semasa zaman dahulu.  Banyak menggunakan perkhidmatan di PI untuk kegunaan pembelajaran beliau.  Beliau juga datang untuk memohon kerja secara online sepert SPA8i di PI.  Sementara menunggu keputusan temuduga untuk jawatan-jawatan yang dimohon Zaidi lebih fokus kepada perniagaan yang di lakukan sekarang. 

Sebelum Penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya mewar-warkan kepada rakan-rakan belajar sahaja. Pusat Internet mula mengetahui beliau menjalankan perniagaan apabila beliau meminta petugas mengajar secara mengambil gambar yang cantik untuk dipromosikan di dalam media sosial.  Terkini beliau makin dikenali dan mendapat banyak tempahan untuk kerepek rempeyek. 

 

Selepas Penglibatan PI

Terbaharu Zaidi telah menyertai pertandingan usahawan online yang dianjurkan oleh Pusat Internet iaitu mencipta akaun shopee untuk menjual produk-produk beliau. 

Nama : Nurul Hidayah
Umur : 14 Tahun
Ahli PI : 2020

 

Latar Belakang

Nurul Hidayah ialah seorang pelajar muslim yang berbangsa Orang Asli yang tinggal di Felda Lurah Bilut.  Berumur 14 Tahun dan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Lurah bilut.

 Sebelum Penglibatan PI

Sebelum penglibatan, Nurul Hidayah tidak mahir dalam menggunakan peralatan komputer dan penggunaan IT.  Sering hadir ke Pusat Internet Komuniti  untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh sekolah dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan seperti fotostat, mencetak hitam putih dan warna serta binding dan sebagainya. 

 Selepas Penglibatan PI

Satu hari, petugas mengajak Nurul Hidayah untuk hadir ke kelas latihan asas yang diberikan.  Adalah ini untuk membantunya dan memudahkannya.  Memandangkan sering berkunjung ke Pusat Internet Komuniti  untuk menyiapkan tugasannya.  Selepas penglibatan adik ini, Nurul Hidayah  makin cekap menggunakannya. Kepandaiannya memudahkannya untuk mencari bahan-bahan tugasan yang diperlukan tanpa bantuan petugas lagi.

USAHAWAN SAMBAL HITAM

Nama : Muhamad Sahasrizan bin Samat
Umur : 33 Tahun
Ahli PI : 2020

 

Latar Belakang

Mula perniagaan pada tahun 2018.  Pada awalnya perniagaan ini bermula dengan hanya tempahan daripada kenalan.  Beliau sebelum ini merupakan kre MAS, namu akibat implikasi wabak penyebaran covid 19, beliau antara yang diberntikan kerja.  Beliau tekad untuk fokus sepenuhnya kepada pernigaan beliau ini. 

Semasa dalam bekerja lagi beliau telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan menjual sambal sambal hitam.  Sebelum ini beliau hanya ke pusat internet untuk menggunakan perkhidmata-perkhidmatan yang disediakan sahaja.  Sehingga la perugas mengetahui mengenai perniagaan beliau dan telah menawarkan kepada beliau untuk memberi tunjuk ajar bagi menambah baikkan lagi promosi perniagaan beliau. 

 

Sebelum Penglibatan PI

Pada peringkat awal, Sahas hanya menggunakan perkhidmatan melayari internet dan cetakan di pusat internet sahaja. 

 

Selepas Penggunaan PI

Pihakt PI telah mengetahui mengenai perniagaan Sahas dan membantu beliau dengan mencadangkan untuk lebih mempromosikan perniagaan beliau ke medium yang lebih baik. Beliau telah didedahkan dan diajar untuk membuat perniagaan atas talian selain daripada facebook, instagram dan whatsapp iaitu ke dalam shopee.  Beliau merasa teruja kerana dapat memasarkan produk ke dalam platform perniagaan tersebut kerana sebelum ini hanya menggunakan perkhidmatan C.O.D sahaja.