USAHAWAN SAMBAL HITAM

Nama : Muhamad Sahasrizan bin Samat
Umur : 33 Tahun
Ahli PI : 2020

 

Latar Belakang

Mula perniagaan pada tahun 2018.  Pada awalnya perniagaan ini bermula dengan hanya tempahan daripada kenalan.  Beliau sebelum ini merupakan kre MAS, namu akibat implikasi wabak penyebaran covid 19, beliau antara yang diberntikan kerja.  Beliau tekad untuk fokus sepenuhnya kepada pernigaan beliau ini. 

Semasa dalam bekerja lagi beliau telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan menjual sambal sambal hitam.  Sebelum ini beliau hanya ke pusat internet untuk menggunakan perkhidmata-perkhidmatan yang disediakan sahaja.  Sehingga la perugas mengetahui mengenai perniagaan beliau dan telah menawarkan kepada beliau untuk memberi tunjuk ajar bagi menambah baikkan lagi promosi perniagaan beliau. 

 

Sebelum Penglibatan PI

Pada peringkat awal, Sahas hanya menggunakan perkhidmatan melayari internet dan cetakan di pusat internet sahaja. 

 

Selepas Penggunaan PI

Pihakt PI telah mengetahui mengenai perniagaan Sahas dan membantu beliau dengan mencadangkan untuk lebih mempromosikan perniagaan beliau ke medium yang lebih baik. Beliau telah didedahkan dan diajar untuk membuat perniagaan atas talian selain daripada facebook, instagram dan whatsapp iaitu ke dalam shopee.  Beliau merasa teruja kerana dapat memasarkan produk ke dalam platform perniagaan tersebut kerana sebelum ini hanya menggunakan perkhidmatan C.O.D sahaja.