USAHAWAN PAKAIAN 

Nama

: Siti Aishah bt Badrul Hiam
Umur : 35 Tahun
Ahli : 2013

 

Latar Belakang

Puan Aishah merupakan menantu peneroka Felda Lurah Bilut.  Beliau banyak menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Komuniti (PIK) mencari idea-idea untuk menambahbaik hasil jahitan beliau.  Beliau juga datag untuk memohon bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk para usahawan di PIK.  Kini beliau  membuka kedai sendiri di rumah dengan menyediakan ruang khas untuk para pelanggan.  

Mula perniagaan pada 2016.  Pada awalnya perniagaan ini bermula dengan hanya secara kecil-kecilan di kedai sewa dalam Felda Lurah Bilut.  Beliau mengambil upah untuk menjahit baju bersama-sama suaminya. 

Sebelum Penglibatan PIK

Sebelum ini, beliau hanya mewar-warkan kepada rakan sekeling sahaja.  PIK mula mengetahui beliau menjalankan perniagaan apabila beliau meminta petugas mengajar cara teknik mengambil gambar produk untuk di promosikan. 

Selepas Penglibatan PIK

Terkini beliau mula mendapat tempahan daripada pelanggan luar bandar.  Beliau bukan sahaja menerima tempahan menjahit pakaian malah turut barang-barang keperluan menjahit di dalam aplikasi Shopee.  Puan Aishah juga telah menyertai pertandingan usahawan online yang di anjurkan oleh Pusat Internet Komuniti iaitu mencipta akau Shopee untuk menjuak produk-produk beliau. 

Shopee