Nama : Mohd Lasa bin Ali
Umur : 49 Tahun
Ahli PI : 2019

 

Latar Belakang

Encik Mohd Lasa bin Ali merupakan seorang tukang masak dan bekerja di pelantar minyak. Beliau berumur 49 tahun dan salah seorang pengunjung Pusat Internet Felda Lurah Bilut.

Sebelum Penglibatan PI

Sebelum ini beliau tidak pernah berkunjung ke Pusat Internet kerana sering sibuk dengan kerjanya. Awal tahun 2019 beliau berkunjung ke pusat internet dengan meminta bantuan dari petugas untuk membantunya memohon pekerjaan dengan meminta petugas mengimbas dokumen peribadinya untuk permohonan kerja dan petugas membantunya cara menggunakan email Gmail. 

Selepas Penglibatan PI

Selepas penglibatan PI beliau tertarik dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pusat internet dan telah menjadi ahli Pusat Internet Felda Lurah Bilut pada 4 March 2019. Sejak itu, jika ada urusan beliau akan ke pusat internet.  Beliau juga sering mengikuti kelas di bawah bimbingan Pusat Internet. Selepas mengikuti kelas ICT yang diberikan kini beliau semakin mahir. Sebelum ini beliau sangat lemah dalam penggunaan komputer dan ICT.