USAHAWAN REMPEYEK KACANG PUTIH 

Nama : Mohd Zaidi Zarizat bin Abdul Rahman
Umur : 33 Tahun
Ahli PI : 2020

 

Latar Belakang

Mula perniagaan pada tahun 2019. Pada awalnya perniagaan ini bermula dengan hanya secara kecil-kecilan melalui khidmat pesanan ringkas.   Zaidi merupakan lepasan graduan.  Beliau antara pelanggan Pusat Internet (PI) yang aktif datang ke PI semasa zaman dahulu.  Banyak menggunakan perkhidmatan di PI untuk kegunaan pembelajaran beliau.  Beliau juga datang untuk memohon kerja secara online sepert SPA8i di PI.  Sementara menunggu keputusan temuduga untuk jawatan-jawatan yang dimohon Zaidi lebih fokus kepada perniagaan yang di lakukan sekarang. 

Sebelum Penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya mewar-warkan kepada rakan-rakan belajar sahaja. Pusat Internet mula mengetahui beliau menjalankan perniagaan apabila beliau meminta petugas mengajar secara mengambil gambar yang cantik untuk dipromosikan di dalam media sosial.  Terkini beliau makin dikenali dan mendapat banyak tempahan untuk kerepek rempeyek. 

 

Selepas Penglibatan PI

Terbaharu Zaidi telah menyertai pertandingan usahawan online yang dianjurkan oleh Pusat Internet iaitu mencipta akaun shopee untuk menjual produk-produk beliau.