USAHAWAN KUIH TRADISIONAL 

Nama : Zaimah binti Shamsudin 
Umur : 40 Tahun
Ahli : 2013

 

Latar Belakang 

Puan Zaimah merupakan pengusaha Kuih Tradisional & Moden. Beliau sedang aktif membuat tempahan kuih kepada sesiapa yang membuat tempahan. Antara kuih yang dijual adalah Kuih Loyang, Kapit Crunchy, Bahulu dan lain-lain. Puan Zaimah merupakan usahawan produk makanan dan menerima tempahan daripada semua tempat kerana produk beliau boleh di poskan luar daripada Felda Lurah Bilut

Sebelum Penglibatan PI

Pada peringkat awal, Puan Zaimah hanya mengetahui cara membuat emel dan facebook. Beliau mengetahui bahawa banyak manfaat jika datang ke PI, maka beliau berminat untuk datang ke PI.

 

Selepas Penglibatan PI

Pihak PI telah mengetahui mengenai perniagaan Puan Zaimah. Beliau turut memasukkan produk beliau dalam aplikasi MyShop.  Setelah memasarkan produk melalui aplikasi whatsapp dan facebook, beliau mula mengetahui bahawa potensi agak tinggi untuk mengembangkan perniagaan beliau menerusi kemudahan yang ada di PI dan melalui pelanggan-pelanggan di PI yang sedia ada.  Pemulaan Puan Zaimah dalam membuat kuih ini bermodalkan adalah sekitar RM200 hingga RM400 .  Selepas bejaya memasarkan di produknya puan zaimah boleh mendapat RM500 hingga RM1000.