MENCIPTA AKAUN EMAIL

Nama : Aparajita a/p Shanmugam
Umur : 11 Tahun
Ahli : 2015

 

Latar Belakang

Aparajita A/P Shanmugam merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Lurah Bilut. Aparajita merupakan salah seorang pengunjung aktif Pusat Internet Felda Lurah Bilut yang berbangsa India yang menetap di Felda Lurah Bilut.

Sebelum Penglibatan PI

Aparajita sering berkunjung ke Pusat Internet Felda Lurah Bilut atas urusan kerja sekolahnya. Selain jika kelapangan pada waktu cuti sekolah dia sering berkunjung kesini untuk menggunakan internet bersama ayah dan adik beradiknya. Oleh itu, kami petugas pusat internet mengajak Aparajita untuk mengikuti kelas latihan yang disediakan bagi memudahkan dia untuk menggunakan perkhidmatan disini.

Selepas Penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas ICT yang diberikan kini Aparajita semakin mahir. Sebelum ini urusan berkaitan kerja sekolahnya di bantu oleh petugas PI, setelah mengikuti kelas latihan, dia tidak lagi perlukan bantuan petugas PI tetapi telah cekap membuat sendiri.

Kini Aparajita pandai menggunakan komputer & peralatan. Dia juga mahir dalam penggunaan internet kerana sebelum ini hanya datang melihat video di youtube.  Sebarang maklumat berkaitan kerja sekolahnya, dia mencari sendiri dengan sebaiknya sambil dipantau oleh petugas PI.  Dia lebih seronok & selesa apabila berkunjung ke Pusat Internet. Klik disini untuk gambar penuh