USAHAWAN KAIN BATIK KELANTAN 

Nama : Siti Hamnah binti Haji Abdullah 
Umur : 57 Tahun
Ahli : 2013

 

Latar Belakang

Puan Hamnah merupakan usahawan menjual kain batik Kelantan. Beliau aktif menggunakan aplikasi whatsapp berbanding facebook untuk menjual kain batik tersebut kerana beliau turut bergiat aktif dalam gerakan NGO-NGO di Felda Lurah Bilut. Beliau juga turut membuat kutu kain batik.  Beliau juga merupakan cikgu Literasi di Felda Lurah Bilut. Beliau akan mengambil tempahanan awal kerana kain batik tersebut perlu di ambil di kampung halaman nya iaitu Kelantan.

Sebelum Penglibatan PI

Pada peringkat awal, Puan Hamnah hanya mengetahui cara membuat emel dan penggunaan whatsapp. Beliau mengetahui bahawa banyak manfaat jika datang ke PI, maka beliau berminat untuk datang ke PI. Puan Hamnah bermulakan modal meniaga kain batik kelantan sebanyak RM200 sahaja. 

Selepas Penglibatan PI

Pihak PI telah mengetahui mengenai perniagaan Puan Hamnah. Beliau turut memasukkan produk beliau dalam aplikasi MyShop. Selepas Puan Hamnah mencuba memperkenalkan perniagaan kain batik beliau ke dalam media sosial seperti Aplikasi MyShop dan Whatsapp group keuntungan yang di peroleh mengandakan modal permulaan beliau.