PENGUSAHA SAMBAL HITAM MAKLANG

Nama : Azrina binti Non
Umur : 34 Tahun
Ahli : 2016

 

Latar Belakang

Puan Azrina bt Non merupakan usahawan online komuniti Felda Lurah Bilut.  Beliau merupakan pengusaha sambal hitam iaitu dikenali Sambal Hitam Maklang.  Pn Azrina merupakan isteri kepada Encik Md Hassan dan juga usahawan komuniti Lurah Bilut yang meniagakan produk makanan  western  & char kuew tiau yang di beri nama Gerai Debab Berapi di sekitar Felda Lurah Bilut.

Sebelum Pengguna ICT/Penglibatan PI

Pada permulaan perniagaan Sambal Hitam Maklang ini hanya pada komuniti setempat sahaja & atas permintaan rakan dan saudara mara.  Tempahan pula hanya dibuat melalui pesanan ringkas SMS shj atau pelanggan datang sendiri ke rumah untuk membuat tempahan sambal hitam beliau.

Pendapat bulanan beliau waktu itu hanya sekitar RM500-RM800 sahaja sebulan. Jumlah produk yang dapat dijual ketika itu  hanyalah 50-70 paket sahaja. Hal ini kerana produk sambal hitam Pn. Azrina kurang dikenali oleh orang luar bandar.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Dengan adanya Pusat Internet 1Malaysia ini, Pn Azrina sering berkujung kesini dan menggunakan perkhidmatan disini atas urusan peniagaan yang dijalankan oleh beliau.  Pn. Azrina tidak mempunyai akaun email peribadi & beliau juga tidak mahir dalam penggunaan komputer, mencetak atau mengunakannya. Oleh itu, kami mengajak beliau untuk menghadiri kelas latihan yang kami adakan kepada komuniti dewasa di sini.  

Setelah menghadiri kelas latihan yang diberikan oleh Pusat Internet kini Pn. Azrina sudah mahir dalam menggunakan komputer & IT malahan beliau sudah pandai membuat akaun email peribadi untuk produk sambal hitam beliau. Selain itu, Pn. Azrina telah memiliki akaun facebook, web pages dan akaun instagram bagi mempromosikan produk sambal hitam beliau.  Dengan cara itu pelanggan semakin bertambah dari hari ke hari dan pendapatan bulanan beliau juga semakin meningkat.  Pendapat bulanan beliau kini boleh mencecah RM2000-RM3000 sebulan.

21767297 1538000212889217 193754777 o 1 usahawan