PENGUSAHA KEDAI DOBI

Nama : Zabedah binti Badawi
Umur : 42 Tahun
Ahli : 2014

Latar Belakang

Pn. Zabdedah merupakan pengusaha kedai dobi di Felda Lurah Bilut yang menyediakan perkhidmatan mencuci, mengering dan melipat pakaian. Puan Zabedah merupakan anak generasi kedua Felda. Beliau memulakan perkhidmatan ini apabila melihat di Felda ini tidak mempunyai perkhidmatan dobi. Beliau memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM10,000.00 dengan membeli 3 buah mesin basuh dan mesin pengering.  Purata keuntungan sebulan adalah sebanyak RM3000.00-RM5000.00 sebulan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Pada peringkat awal, Puan Zabedah hanya mengetahui cara melayari internet membuat email.  Beliau telah lama menjadi ahli PI Felda Lurah Bilut.  Beliau mengetahui bahawa banyak manfaat jika di PI.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

setelah menghadiri kelas keusahawan yang di sediakan oleh PI beliau kini telah memiliki facebook & whatsapps sendiri yang dapat mempromosikan perkhidmattan beliau & membolehkan pelanggan berhampiran menghubungi beliau. Selain itu, dengan adanya PI dapat membantu beliau dalam membuat pengiraan perbelanjaan dengan lebih cepat dan mudah. Kini pelanggan beliau semakin bertambah dan pendapatan beliau juga turut meningkat.  Jika dahulu perniagaan hanya tertumpu di dalam kawasan sekitar Felda sahaja kini beliau menerima sambutan di luar Felda yang berhampiran.  Beliau juga telah mendaftarkan perniagaan beliau ini di dalam aplikasi MYShop.