BELAJAR INTERNET, MICROSOFT OFFICE & MEMBUAT VIDEO

Nama : Muhammad Syahid bin Mohd Zamri
Umur : 13 Tahun
Ahli : 2016

Latar Belakang

Muhammad Syahid b. Mohd Zamri ialah seorang pelajar Sekolah Agama Dong dan telah menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2016. Pencapaian keputusan UPSR Muhammad Syahid telah berjaya mendapatkan dia ke Sekolah Agama Dong.  Muhammad Syahid salah seorang pengguna yang sering menggunakan khidmat Pusat Internet (PI).

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum diperkenalkan PI kepada Muhammad Syahid, mereka tidak pandai menggunakan peralatan komputer & penggunaan IT yang ada di PI. Erti kata lain mereka tiada pembelajaran asas mengenai komputer.  Kami petugas mengajak Muhammad Syahid untuk menjadi ahli & menyuruhnya untuk mengikuti setiap kelas yang PI jalankan untuk mereka.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas Latihan Asas & ICT yang dibimbing oleh PI Felda Lurah Bilut, Muhammad Syahid kini telah memiliki facebook dan akaun email sendiri malahan akaun sosial yang lain seperti Whatssap, youtube dan sebagainya.  Malah dia lebih cekap & pantas dari sebelum ini. setiap cuti minggu di akan datang dan menggunakan pc di PI.  Malahan sebelum dia meningkat ke sekolah menengah, setiap hari Muhammad Syahid akan datang berkunjung ke PI & menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PI.  Dalam mengembangkan kepandaian dia menggunkan ICT, Muhammad Syahid turut menggunakan internet dan komputer sebagai tempat ulang kaji pelajaran dan mencari maklumat lain. Selain itu, Muhammad Syahid & rakan-rakan yang lain pernah menyertai pertandingan membuat video anjuran dari MCMC yang di bimbing oleh petugas PI1M.